Rabu, 23 Oktober 2013

Senarai Sekolah Mencapai 5 Bintang - Indeks Penarafan Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS), KPM - 2013

Diucapkan tahniah kepada dua buah sekolah dari daerah Keningau iaitu PSS SK Penagatan, Keningau dan PSS SMK Keningau II, Keningau. Semoga usaha anda akan memberi impak positif terhadap pencapaian dan kecemerlangan sekolah masing-masing.

Selasa, 22 Oktober 2013

Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia - KM1M, 2013

Cadangan sahaja. Boleh melaksanakan sebarang aktiviti mengikut kesesuaian.
Tarikh KM1M: 28, 29, 30 Oktober 2013
Tarikh Pelancaran KM1M: 28 Oktober 2013 (Isnin)
Waktu Pelancaran: 9.00 pagi (bukan 9.30 pagi)
Tempoh Membaca: 2013 saat atau 33 minit 55 saat

Ahad, 20 Oktober 2013

Pemantauan PSS, Program NILAM dan ICT - UPDATED

Berikut ialah jadual/tarikh serta senarai sekolah yang terlibat di dalam pemantauan oleh PTP PKG Daerah Keningau. Surat makluman pemantauan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau sudahpun diedar ke semua sekolah yang terlibat.

Dimaklumkan juga bahawa penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Virtual Learning Environment (VLE) dan MBMMBI juga akan dilihat semasa sesi pemantauan ini.

UPDATED - Terdapat perubahan tarikh pemantauan di SK Nangkawangan (5.11.2013 diubah ke 7.11.2013 - Rabu), SK Pohon Batu (6.11.2013 diubah ke  7.11.2013 - Khamis) dan SK. Binanon (7.11.2013 diubah ke 8.11.2013 - Jumaat)
Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

Selasa, 8 Oktober 2013

Modul Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Modul ini telah disediakan oleh BTP Negeri Johor. Sila ambil perhatian bahawa pentadbir (admin) bagi Negeri Johor adalah Guru Penyelaras Bestari (GPB), manakala pentadbir SPS di Negeri Sabah ialah Penolong Kanan 1.

Sila muat turun di: MODUL SPS

Khamis, 3 Oktober 2013

Status Penarafan SSQS Negeri Sabah, 2013 - Mengikut Daerah

Terima kasih kepada pentadbir, GPM/GPSS/GPB/GICT/Juruteknik, guru serta murid sekolah-sekolah yang telah memberikan ruang dan masa bagi pengisian penarafan secara 'online'. Bagi sekolah yang belum, diharap dapat berbuat demikian sehingga 5 Oktober 2013 agar tidak menyumbang kepada peratus gagal melaksanakan pengisian.

Penarafan SSQS 2013
Penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2013 telah bermula dan akan berakhir pada 30 September 2013 5 Oktober 2013. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPB/GPICT sekolah-sekolah Daerah Keningau untuk mengisi serta melengkapkan borang yang boleh diakses melalui pautan di bawah;

a. Borang bagi Guru Perpustakaan & Media
b. Borang bagi Guru
c. Borang bagi Murid
d. Borang bagi Pentadbir