Selasa, 24 Disember 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau - 2014

Dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau supaya memaklumkan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS) atau guru penyelaras Program NILAM di sekolah masing-masing tentang program berikut:

Nama Program: PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KENINGAU, 2014
Tempat: PKG Daerah Keningau
Tarikh program: Pada penghujung bulan Januari atau awal Februari 2014 (Surat pemakluman akan dihantar ke semua sekolah)

Tujuan program ini ialah bagi memilih calon Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah Keningau ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian (Zon Pedalaman) dan seterusnya ke peringkat Negeri Sabah.

Kategori:
1. Bahasa Malaysia - Sekolah Rendah (Calon mestilah berada di Tahun 6, 2014)
2. Bahasa Inggeris - Sekolah Rendah (Calon mestilah berada di Tahun 6, 2014)
3. Bahasa Malaysia - Sekolah Menengah (Calon mestilah berada di Tingkatan 5, 2014)
4. Bahasa Inggeris - Sekolah Menengah (Calon mestilah berada di Tingkatan 5, 2014)

Calon-calon yang layak juga boleh mewakili Zon Pedalaman bagi acara Khemah Membaca.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi PTP PKG Daerah Keningau. Terima kasih.