Rabu, 19 Februari 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman - 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Februari 2014 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: PKG Daerah Keningau

Program tersebut bertujuan memilih wakil Zon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 2 - 6 Mac 2014, di Daerah Penampang, Sabah.

Program dijangka akan disertai oleh 4 buah daerah di Zon Pedalaman.


Bagi peserta yang mewakili Daerah Tambunan, Nabawan, Tenom dan Keningau, sila muat turun borang serta syarat-syarat penyertaan dengan mengklik butang di bawah:
https://kgubestari.opendrive.com/files?MF8zNDM3MDgxMV85bVRGZA
Nota: Borang penyertaan boleh diubahsuai mengikut peringkat pemilihan.

Jumaat, 14 Februari 2014

Panduan - Carta Alir Pengisian SPS

Makluman untuk semua Admin SPS Daerah Keningau.
Berikut ialah carta alir pengisian data dan maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Carta alir pengisian data SPS

Nota: Berikut ialah di antara petikan yang di copy paste dari media sosial FB berkenaan SPS
1. SPS bukan mcm EMIS, APDM dll spt sistem online lain yang mahukan data sahaja. Ianya adalah sistem pengurusan harian sekolah -MEANING SISTEM NI ADALAH KEPUNYAAN SEKOLAH DAN KN TIAP2 HARI DIBUKA.
2. Import data daripada EMIS , APDM dll. Keputusan utk import data tersebut mmg sudah ada ttp ianya terletak di tangan EPRD (YNG PEGANG DATA EMIS) - Info terakhir yg didapati blum ada lg tarikh sebenar drpd EPRD.
3. keputusan utk guna SPS bukan JU ttp KPM.
4. Kalu sdh sistem tersebut dibuat oleh manusia mmg x sempurna la cikgu. msti ada bug dan mcm2. jd kita sabarlah sementara drg yg bijak pandai solvekan benda tu.
5. bukan admin yg key in nama murid tetapi GURU KELAS.
6. Ju tahu kesukaran cikgu2 mo key in kn tggu smpi jam 2 - 3 pagi tggu line clear.. sabar sajalah cikgu.
7. mula2 ni mmg sakitla.. ttp insyallh akan ada manis nya nnt..

Rabu, 12 Februari 2014

Panduan SPS (UPDATED)

Sila MUAT TURUN Panduan SPS
Dashboard SPS 1: Kiraan Merah vs Kuning pada 13 Feb 2014
Dashboard SPS 2: Taburan Merah vs Kuning pada 13 Feb 2014
Dashboard SPS 3: Zoom Pedalaman - pada 13 Feb 2014

Selasa, 11 Februari 2014

Pemilihan Calon Tokoh Nilam Peringkat Daerah Keningau - 2014

Pengarah, Kolej Vokasional Keningau,
Semua Pengetua Cemerlang & Guru Besar Cemerlang,
Semua Pengetua & Guru Besar,
SM/SMK/SMKA/SK/SRK/SJKC. Daerah Keningau, Sabah.

Tuan/Puan:

Program tersebut yang dikelolakan oleh Pusat Kegiatan Guru Daerah Keningau akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Februari 2014 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi & Bilik Makmal Komputer, PKG Daerah Keningau

Sila MUAT TURUN DOKUMEN PENYERTAAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin – 0128480296 atau 087-335926

P/S: Pemilihan calon hanya melibatkan pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 5 sahaja. Calon yang terpilih akan mewakili Daerah Keningau ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman pada 24 Februari 2014, dan seterusnya ke peringkat Negeri Sabah.

TAKLIMAT PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DAERAH KENINGAU



Kepada Guru Besar,
SK/SRK/SJKC. Daerah Keningau,
Sabah.

Tuan,

TAKLIMAT PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DAERAH KENINGAU

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

      Tarikh:     12 Februari 2014 (Rabu)
      Masa:       8.00 pagi hingga 5.00 petang
      Tempat:   Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau

03. Sila bawa bersama komputer riba (laptop), data dan maklumat sekolah, wayar sambungan dan broadband (jika ada untuk mengelak kesesakan talian internet).

04. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin – 0128480296 atau 087-335926.

Peserta adalah terdiri daripada Penolong Kanan 1 (Admin SPS) bagi sekolah-sekolah berikut:
SK APIN-APIN 
SK RANCANGAN BIAH

SK BULU SILOU
SK BUNDU APIN-APIN
SK KAWAKAAN
SK DALIT
SK KALAMPUN
SK KAMPONG BIAH
SK KARAMATOI
SK LIAU APIN-APIN
SK LUAGAN
SK MANSIAT
SK MEMBULU
SK MERAMPONG
SK MAMAGUN
SK KUALA KAHABA
SK SODOMON
SK TULID
SK SINUA
SK MALAING
SK BUNGA RAYA
SK SINULIHAN BARU
SK SIMBUAN TULID
SK ULU SENAGANG
SK GAULAN
SK PATIKANG LAUT KENINGAU
SK BINUWOU TENGAH
SK BUNANG SOOK
SK LINTUHUN BARU
SK BINANON
SK PANGAS
SK. ST. FRANCIS XAVIER, KENINGAU
SK ST JAMES APIN-APIN (M)
SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU