Selasa, 3 Februari 2015

Pengisian Maklumat Keperluan Perabot Bagi Sekolah-sekolah Negeri Sabah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Keningau:

Untuk makluman tuan-puan, BTPN Sabah kini sedang mengumpul data keperluan perabot bagi PSS sekolah-sekolah Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama  tuan-puan supaya dapat meminta kerjasama daripada Guru Pusat Sumber Sekolah atau GPM masing-masing agar dapat lengkapkan Data Keperluan Perabot PSS sekolah masing-masing sebelum atau pada 3 Februari 2015 dengan mengakses http://goo.gl/forms/IJdt7PLhCW

Tuan/puan boleh menyemak maklumat tersebut di: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1V_ilr9MiJCwptZzYlUVlm16PmVPmKS8aCu26LKlpohQ/edit?pli=1#gid=1928675977

Sekian dan harap maklum.

Panduan: Pastikan mempunyai akaun Google untuk mengisi aplikasi Google Doc.

Isnin, 2 Februari 2015

Pemilihan Calon Tokoh Nilam Peringkat Daerah Keningau - 2015

Pengarah, Kolej Vokasional Keningau, 
Semua Pengetua Cemerlang & Guru Besar Cemerlang, 
Semua Pengetua & Guru Besar, 
SM/SMK/SMKA/SK/SRK/SJKC. Daerah Keningau, Sabah.
 

Tuan/Puan:
 

Program tersebut yang dikelolakan oleh Pusat Kegiatan Guru Daerah Keningau akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Februari 2015 (Isnin) 
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat: Bilik Trus Madi & Bilik Makmal Komputer, PKG Daerah Keningau

Sila MUAT TURUN DOKUMEN PENYERTAAN - Sila maklum bahawa dokumen penyertaan masih menggunakan versi 2014. Sila ubah mana-mana yang berkenaan. Manakala surat jemputan (2015) akan dihantar ke sekolah-sekolah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin – 0128480296 atau 087-335926
 

P/S: Pemilihan calon hanya melibatkan pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 5 sahaja. Calon yang terpilih akan mewakili Daerah Keningau ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman pada 18 Februari 2015, dan seterusnya ke peringkat Negeri Sabah.