Dimaklumkan bahawa Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2012 akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara. Di peringkat kebangsaan, pelancaran akan berlangsung di SMK Seksyen 9, Jln Tengku Ampuan Rahimah 9/20, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 24 Oktober 2012.
Perasmian program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 bagi Negeri Sabah akan disempurnakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Oktober 2012M/8 Zulhijjah 1433H (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Datuk Sri Panglima Lee Tsen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.
Sehubungan itu, Program KM1M 2012 hendaklah dilaksanakan di semua PPD (peringkat Daerah) dan sekolah (peringkat sekolah) di seluruh Negeri Sabah. Sila muat turun surat rujukan serta panduan pelaksanaan program tersebut di laman muat turun blog ini.
Disamping KM1M, program READ 2012 yang dikelolakan oleh SCHOLASTIC Malaysia juga akan berlangsung serentak. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program READ 2012, perlulah mendaftar melalui www.readtogether.com.my selewat-lewatnya 30 September 2012. Bagi program READ 2012, sebanyak 50 buah buku akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.
Di bawah ini ialah senarai 8 buah sekolah (Daerah Keningau sahaja) yang telah tersenarai dalam program READ 2012:
1. SJKC Cheng Ming
2. SJKC Yuk Kong
3. SMK Bingkor
4. SMKGunsanad 2
5. SK Penagatan
6. SK St James
7. SK Binaong
8. SMK Keningau
Nota: Terdapat perubahan senarai sekolah di atas sebelum ini. Senarai di atas telahpun dihantar lebih awal kepada urusetia di peringkat negeri.
Updated:
1. Sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 bintang di dalam pengisian aplikasi iQPSS akan diberikan anugerah semasa pelancaran program KM1M.
2. Ucapan pelancaran KM1M oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah akan disiarkan secara langsung melalui Video Streaming.
Jumaat, 21 September 2012
Jumaat, 7 September 2012
Keningau Tuan Rumah Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012

Pelancaran dijangka akan disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yussin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Program tersebut juga dijangka akan disiarkan secara langsung melalui siaran Video Streaming yang akan ditonton secara langsung oleh semua pusat pelancaran KM1M di seluruh Negeri Sabah. Siaran langsung tersebut boleh diakses melalui talian sesawang yang akan diberitahu kelak.
Sementara itu, mesyuarat pertama AJK Program Pelancaran KM1M peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 6 September 2012, bertempat di bilik Pegalan, PKG Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Masly Wahip, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Turut hadir dan menyampaikan taklimat perlaksanaan program KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012 ialah En Shamiun Salleh, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.
Selasa, 4 September 2012
Pertandingan Project Based Learning 2012
Pertandingan Project Based Learning secara Presentation Of Learning (POL)
akan diadakan pada 20 September 2012 di BTPN Sabah Penampang.
Pertandingan ini antara lain adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi
penggunaan teknik PDP ini di sekolah-sekolah. Selain daripada itu, pertandingan ini
juga bertujuan menggalakkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning) di
sekolah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 September 2012. Untuk
keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Unit Perkhidmatan ICT, BTPN
Sabah di talian 088-710934 atau melalui emel:
la_btpnsab@moe.edu.my.
Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Kali Ke-4 2012
SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah
untuk untuk menyertai Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah
Kali Ke-4, 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu
Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka
Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya
untuk Kategori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kategori Terbuka Kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup
penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festivel ini adalah anjuran
bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber
dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development
Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk
Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan
disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI.
Langgan:
Catatan (Atom)