Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh:
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi dan Bilik Makmal, PKG Daerah Keningau, Sabah
Kelayakan penyertaan adalah berdasarkan kriteria pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Sabah:
- Calon Tokoh NILAM Negeri hendaklah telah mencapai pengiktirafan NILAM dalam Tahap Jauhari. Calon tersebut juga mesti terdiri daripada murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang sudah membaca lebih 360 buah buku dan ke atas bagi sekolah rendah atau 288 buah buku dan ke atas bagi sekolah menengah serta telah membaca buku Bahasa Inggeris sebanyak 72 bagi sekolah rendah dan 58 bagi sekolah menengah.
- Dibuktikan dengan buku rekod bacaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah. Bagi murid sekolah rendah perlu ada buku rekod bacaan dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah.
- Ada pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan dokumen sokongan atau sijil dan pencapaian akademik yang baik berdasarkan buku rekod prestasi.
- Telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggeris.
Terdapat 4 kategori Tokoh NILAM yang akan dipertandingkan, iaitu:
1. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BM
2. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BI
3. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BM
4. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BI
Nota: Borang penyertaan dan surat jemputan boleh dimuat turun bermula pada 8 Februari 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan