Tuan/Puan:
Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Keningau, Sabah.
Kami menerima arahan untuk memaklumkan kepada tuan/puan supaya dapat mengisi dan melengkapkan keperluan maklumat tersebut melalui - sila klik: KUTIPAN DATA PENGGUNAAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013.
Sehubungan itu, mohon supaya maklumat ini disampaikan segera kepada GPM/GPSS di sekolah masing-masing. Pengisian data hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 15 April 2014.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Mustafa Malisin, 0128480296 atau 087-335926.
Isnin, 14 April 2014
Jumaat, 4 April 2014
Pemantauan - PSS, Pengurusan ICT dan Pelaksanaan Program NILAM - 2014
Berikut ialah senarai sekolah di Daerah Keningau yang terlibat dalam pemantauan tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Keningau bagi tahun 2014.
![]() |
Sekolah dipantau pada tahun 2014 |
Tarikh pemantauan di atas hanyalah cadangan sahaja. Pihak kami akan memaklumkan melalui surat rasmi dua (2) minggu sebelum pemantauan sebenar dilaksanakan. Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang terlibat hendaklah bersedia sebelum pemantauan dilakukan.
Aspek-aspek yang akan dipantau adalah seperti berikut:
- Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
- Pengurusan ICT, dan
- Pengurusan Pelaksanaan Program NILAM
Sila muat turun INSTRUMEN PEMANTAUAN BTPN - 02
Langgan:
Catatan (Atom)