Mesyuarat/taklimat tersebut telah berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2012, bertempat di Bilik Piombolutan, PPD Keningau. Tujuan program ialah bagi persiapan dan menyelaras aktiviti guru-guru GPM, GPSS, GPB, GICT serta Juruteknik FT17 pada tahun 2013.
Selepas taklimat penyelarasan aktiviti 2013 dilaksanakan, para peserta telah berpeluang mendengar taklimat dan ceramah berkaitan bidang tugas mereka daripada En. Azmy bin Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah. Penjelasan pegawai berkenaan nampaknya mendapat perhatian penuh daripada setiap peserta yang terlibat.
 |
Taklimat penyelarasan aktiviti PSS dan ICT sekolah-sekolah Daerah Keningau, 2012 |
 |
En. Azmy Ahmad, PTP BTPN Sabah, sedang memberi ceramah |
 |
Perkongsian penghasilan bahan inovasi PnP berasaskan kajian tindakan |
 |
Menyampaikan cenderamata kepada penceramah |
Di dalam program yang berasingan, seramai 15 orang guru dari sekolah menengah yang berhampiran turut berpeluang berkongsi maklumat dengan En. Azmi Ahmad berkenaan tajuk Penghasilan Bahan Inovasi PnP berasaskan Kajian Tindakan. Program ini berlangsung di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau.
Pihak PKG Keningau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Azmy Ahmad, KPP BTPN Sabah serta semua peserta yang telah hadir di dalam program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan