|
Sesi taklimat penggunaan dan pengisian aplikasi i-NILAM, KPM. |
Keningau - 24-25 Jun 2013, seramai 69 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari 69 buah sekolah rendah dan menengah Daerah Keningau menghadiri
Bengkel Pengisian Aplikasi i-NILAM, KPM. Bengkel tersebut yang dikelolakan oleh PKG telah diadakan di Bilik Trus Madi, PKG daerah Keningau.
|
Sebahagian GPM/GPSS sekolah-sekolah Daerah Keningau yang hadir. |
Melalui bengkel tersebut, para peserta telah didedahkan dengan cara-cara pengisian Aplikasi i-NILAM secara 'online' melalui sesawang
http://nilam.tarantula.my. Para peserta juga telah dilatih untuk mendapatkan data murid dari sumber APDM dan SMM. Peserta seterusnya perlu memasukkan maklumat dan data murid tersebut ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut melalui proses 'import data'. Selepas itu, GPM/GPSS dilatih pula untuk memasukkan rekod bacaan buku setiap murid ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut.
|
Sesi 'hands on' pengisian aplikasi i-NILAM secara online. |
Sehubungan dengan bengkel yang telah berjaya dilaksanakan tersebut, penghantaran laporan pelaksanaan Program NILAM setiap sekolah secara manual menggunakan borang (kertas) yang dilakukan sebanyak 2 kali setahun (Jun dan Oktober) tidak lagi perlu dilakukan, sebaliknya hanya menggunakan aplikasi i-NILAM.
|
Taklimat sesi ke 2 - Kumpulan 2. |
Jika GPM/GPSS menghadapi masalah berkaitan pengisian aplikasi i-NILAM, sila berhubung dengan Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Keningau di talian 087-335926.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan