Semua Pengetua/Guru Besar/Guru ICT/Juruteknik FT17 Sekolah-sekolah Daerah Keningau.
Mohon kerjasama untuk mengurus kerosakan/penyelanggaraan ICT di sekolah tuan/puan berpandukan kenyataan berikut:
Untuk makluman, pihak tuan diminta
membuat verifikasi data penyelenggaraan
peralatan ICT sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT bagi tahun
2014. Jumlah sekolah yang hendak dibuat verifikasi sebanyak 10% daripada jumlah
sekolah setiap daerah. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
· Tidak tersenarai dalam Penyenggaraan
Peralatan ICT 2013.
· Mengisi Support Ticketing System (STS)
· Ada Surat Permohonan (SILA DOWNLOAD DOKUMEN DI SINI)
· Sekolah Projek (Jika Ada)
Bersama-sama ini disertakan
Senarai Sekolah yang sudah mengisi STS dan borang-borang yang diperlukan untuk
verifikasi data penyenggaraan peralatan ICT sekolah 2014.
Borang-Borang yang telah
diverifikasi hendaklah dihantar sebelum 10 Febuari 2014 untuk tindakan
selanjutnya. Sekiranya pihak tuan gagal menghantar borang-borang verifikasi
tersebut tidak akan tersenarai dalam kerja-kerja penyelenggaraan bagi tahun 2014.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung denagan saya atau En. Weltor Udian di
talian 088-710934.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan