Isnin, 20 Oktober 2014

PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA - KM1M 2014 - DAERAH KENINGAU, SABAH

Surat dari KPM bernombor Ruj: KP(BTP-PSP)8810/3/3 Jld.2 (4) bertarikh 13 Oktober 2014 dan Surat JPN Sabah bernombor Ruj: BTPN(SB)8871/4/2 Jld.4 (30) bertarikh 01 Oktober 2014 adalah dirujuk.

02. Dimaklumkan bahawa program KM1M akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 4 hingga 6 November 2014.

03. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar dapat merancang dan melaksanakan KM1M tersebut seperti yang telah diarahkan oleh pihak KPM di sekolah masing-masing.


04. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin – 0128480296 atau 087-335926.

Sila MUAT TURUN DOKUMEN DAN PANDUAN PELAKSANAAN KM1M 2014.

Isnin, 29 September 2014

Bahan/Panduan: Pelaksanaan Penggunaan Aplikasi ANDROID/IOS SPSLite - Modul Kehadiran Murid, Daerah Keningau

Tarikh taklimat: 29 September 2014 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 12.30 petang
Tempat: Bilik Ilham, Kolej Vokasional, Keningau
Peserta: Seramai 84 orang Penolong Kanan 1 (Admin SPS) Sekolah-Sekolah Daerah Keningau

Bahan: KLIK UNTUK MUAT TURUN BAHAN
Sesi taklimat Penggunaan aplikasi mudah-alih SPSLite kepada Admin SPS Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Rabu, 6 Ogos 2014

Penarafan SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA - 2014

Dimaklumkan bahawa penarafan SSQS 2014 sekolah-sekolah seluruh negara telahpun dibuka dan akan berakhir pada 30 Ogos 2014. Bagi sekolah-sekolah di Daerah Keningau, taklimat dan bengkel SSQS akan dilaksanakan pada 12 dan 13 Ogos 2014 di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Surat panggilan kepada Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT telahpun diedarkan.

Pengisian dilakukan melalui URL: http://pkgbtpnkedah.moe.edu.my/ssqssabah/
Sila muat turun: Panduan SSQS 2014
Sila muat turun: Surat Jemputan Taklimat/Bengkel
Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi En. Mustafa Malisin 087-335926 atau 012-8480296.

p/s: Dicadangkan supaya sekolah-sekolah dapat melaksanakan penarafan sebelum atau pada 25 Ogos 2014. Tarikh 25 hingga 30 Ogos 2014 akan digunakan untuk tujuan semakan dan bantuan khusus bagi sekolah-sekolah yang jauh dan bermasalah talian.

Isnin, 16 Jun 2014

Program - Bengkel Anjuran PKG Keningau sepanjang Jun 2014

Berikut ialah aktiviti/bengkel yang akan berlangsung sepanjang bulan Jun:

1. Bengkel Verifikasi Data iNILAM dan iQ-PSS
  • Tarikh:
    • Kumpulan 1 - 17 Jun 2014 (Selasa)
    • Kumpulan 2 - 18 Jun 2014 (Rabu)
  • Peserta: Guru Perpustakaan dan Media (GMA) atau Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS)
  • Tempat: BilikTrus Madi, PKG Keningau
  • Keperluan/alat perlu dibawa: Laptop, Broadband/dongle, maklumat/data iNILAM dan iQ-PSS
2. Bengkel Virtual Learning Environment (VLE)
  • Tarikh: 19 - 20 Jun 2014 (Khamis & Jumaat)
  • Peserta: Guru Kemahiran Hidup Tingkatan 1, Sekolah Menengah
  • Tempat: Bilik Trus Madi, PKG Keningau
  • Keperluan/alat perlu dibawa: Laptop, broadband/dongle, sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1
3. Bengkel Verifikasi Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Penolong Kanan 1 (Admin SPS)
  • Tarikh:
    • Kumpulan 1:  23 Jun 2014 (Isnin)
    • Kumpulan 2: 24 Jun 2014 (Selasa)
    • Kumpulan 3: 25 Jun 2014 (Rabu)
  • Peserta: Semua Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Keningau
  • Tempat: Bilik Trus Madi, PKG Keningau
  • Keperluan/alat perlu dibawa: Laptop, broadband/dongle, data/maklumat SPS
Jika terdapat persoalan/pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mustafa Malisin - 0138729110 / 0128480296 / 087-335926.

Khamis, 15 Mei 2014

Pengisian data Program NILAM Jan - Mei 2014: secara 'online' melalui aplikasi iNILAM Tarantula

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa pengisian data Program NILAM di sekolah-sekolah perlu dilakukan sebanyak 2 (dua) kali setiap tahun, iaitu pertengahan (di antara Mei dan Jun) dan hujung tahun (Oktober - November).

Sehubungan itu, kami diarah memaklumkan kepada sekolah bahawa pengisian pada pertengahan tahun 2014 dilaksanakan sehingga 19 Mei 2014. Sila maklumkan kepada Guru Pusat Sumber (GPSS), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Penyelaras NILAM di sekolah tuan/puan untuk melaksanakan pengisian tersebut di: SISTEM TARANTULA: i-NILAM

Pengisian secara manual juga dibenarkan. Sila muat turun borang berikut:
1. Borang NILAM Sekolah Rendah
2. Borang NILAM Sekolah Menengah

Dokumen Tambahan:
1. Surat Arahan
2. Status Pengisian iNILAM Daerah Keningau - 16 Mei 2014

Setelah muat turun, sila isikan data yang lengkap tanpa mengubahsuai formula yang sedia ada di dalam borang tersebut. Emelkan borang yang telah lengkap ke artique25@gmail.com dan cc pkgkeningau@gmail.com atau fax ke 088-710481.
Kedudukan Sabah di dalam Program NILAM peringkat kebangsaan

Jika terdapat masalah, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin - 0128480296, 0139729110 (Telegram) atau 087-335926.

Isnin, 14 April 2014

ARAHAN: Kutipan Data Penggunaan Peruntukan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah - bagi tahun 2013

Tuan/Puan:
Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Keningau, Sabah.

Kami menerima arahan untuk memaklumkan kepada tuan/puan supaya dapat mengisi dan melengkapkan keperluan maklumat tersebut melalui - sila klik: KUTIPAN DATA PENGGUNAAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013.

Sehubungan itu, mohon supaya maklumat ini disampaikan segera kepada GPM/GPSS di sekolah masing-masing. Pengisian data hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 15 April 2014.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Mustafa Malisin, 0128480296 atau 087-335926.

Jumaat, 4 April 2014

Pemantauan - PSS, Pengurusan ICT dan Pelaksanaan Program NILAM - 2014

Berikut ialah senarai sekolah di Daerah Keningau yang terlibat dalam pemantauan tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Keningau bagi tahun 2014.
Sekolah dipantau pada tahun 2014
Tarikh pemantauan di atas hanyalah cadangan sahaja. Pihak kami akan memaklumkan melalui surat rasmi dua (2) minggu sebelum pemantauan sebenar dilaksanakan. Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang terlibat hendaklah bersedia sebelum pemantauan dilakukan.

Aspek-aspek yang akan dipantau adalah seperti berikut:
  • Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  • Pengurusan ICT, dan
  • Pengurusan Pelaksanaan Program NILAM

Jumaat, 21 Mac 2014

Status Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Sekolah-sekolah Daerah Keningau - 17 Mac 2014

Sila muat turun STATUS PENGGUNAAN SPS SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KENINGAU SETAKAT 17 MAC 2014

Sila muat turun MAKLUMAT/PANDUAN/BAHAN PELAKSANAAN SPS

Berikut ialah graf/carta status SPS bagi sekolah-sekolah Daerah Keningau setakat 17 Mac 2014:
2 buah sekolah Daerah Keningau belum menggunakan SPS
Pecahan status penggunaan SPS mengikut bilangan modul
Jadual perbandingan penggunaan SPS Negeri Sabah

Khamis, 6 Mac 2014

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH - 2014

Siaran ini diselenggara oleh Unit Penyiaran dan Unit Perkhidmatan ICT BTPN Sabah serta AJK Pengelola Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah, 2014. Jika siaran ini tidak dapat dilihat, kemungkinan disebabkan oleh faktor teknikal. SELAMAT MENONTON 

Sila KLIK DI SINI
NUR SYAHERRA LAINDON
Diucapkan tahniah kepada NUR SYAHERRA LAINDON, Pelajar Tingkatan 5, SM St Francis Xavier, Keningau kerana mendapat tempat KETIGA Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah bagi kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah).



PENCAPAIAN PESERTA CALON TOKOH NILAM DAN JEJAK MALUMAT

BAHAGIAN KENINGAU – ZON PEDALAMAN KENINGAU
KE PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH, 2014

A) TOKOH NILAM
KATEGORI SEKOLAH RENDAH (BAHASA INGGERIS)
LEONNA PRISCA JOHN - SK ULU LIAWAN, KENINGAU (Saguhati)                  

KATEGORI  SEKOLAH RENDAH  (BAHASA MELAYU)
NURSALMIZA BT HARUN  - SK BARU JUMPA TENOM (Saguhati)

KATEGORI  SEKOLAH MENENGAH  BAHASA MELAYU
DG NURU SYAHIDAH SYAFIQAH BT AG SARPUDIN - SMK Keningau II, Keningau  (Saguhati)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA INGGERIS
NUR SYAHERRA BT LAINDON - SM ST FRANCIS, KENINGAU (Ketiga)

B) PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT :
SEKOLAH RENDAH (Johan)
1. REVIRENLY BT ROSELLEY - SK Pekan Nabawan                                   
2. NURUL FATIHAH NAJIHAH BT ALDRIN - SK Pekan Nabawan, Nabawan                  
3. LEONNA PRISCA JOHN - SK Ulu Liawan, Keningau 
4. NURSALMIZA BT HARUN - SK Ulu Liawan, Keningau       

SEKOLAH MENENGA (Saguhati)
1. JECLYEN JUPILI             - SMK Entabuan, Tenom 
2. CYRILL JASMINE JASNI - SMK Entabuan, Tenom                             
3. DG NURU SYAHIDAH SYAFIQAH BT AG SARPUDIN - SMK Keningau II, Keningau
4. NUR SYAHERRA BT LAINDON - SM St Francis Xavier, Keningau
 

Rabu, 5 Mac 2014

Bilangan sekolah di Daerah Keningau belum menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah

Berikut ialah paparan terkini prestasi penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Sabah.

Bagi Daerah Keningau, terdapat 6 buah sekolah masih belum menggunakan SPS walaupun tempoh pengisian bagi 6 modul yang ditetapkan sudah berlalu pada 25 Februari 2014.

Bagi PK1 (Admin SPS) sekolah-sekolah yang berkenaan, sila ambil tindakan segera dengan berhubung terus dengan En. Mustafa Malisin di PKG Keningau bagi tujuan bimbingan teknikal pengisian data/maklumat SPS.