Isnin, 4 Mac 2013

Penarafan Pusat Sumber Sekolah - iQ-PSS, 2013 (Updated)

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Sistem Automasi Pusat Sumber Bersepadu iQ-PSS bagi tahun 2013 telah mula dibuka sejak 7 Januari 2013 untuk aktiviti penarafan oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS) di semua sekolah.

Pengisian penarafan tersebut boleh dilakukan melalui portal http://iqpss.tarantula.my sebelum 1 April 2013.

Sehubungan dengan ini, bagi menyelaras pengisian di peringkat Daerah Keningau, maka satu bengkel akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
13 Mac 2013 (Rabu) - Kumpulan 1
14 Mac 2013 (Khamis) - Kumpulan 2
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi, Keningau, Sabah

Sila muat turun: ....akan dikemaskini.. Klik untuk memuat turun dokumen:
  1. Surat Jabatan Pelajaran negeri Sabah, dan
  2. Surat Pegawai Pelajaran daerah Keningau
  3. Borang iQ-PSS 2013 - Dokumen ini perlu di muat turun, diisi lengkap dan dibawa pada masa bengkel 13 & 14 Mac 2013.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami En Erwan Jail di talian 087-335926 atau 016-8263905.

Maklumat tambahan:
  1. PPD Keningau akan menyampaikan ucapan di awal sesi bengkel (bagi setiap kumpulan).
  2. Selain daripada iQ-PSS, iNILAM juga akan dimasukkan di dalam bengkel ini.

3 ulasan:

  1. sudah dapat arahan surat, terima kasih info ni..

    BalasPadam
  2. iqpss belun saya lengkapkan..insha Allah..b4 tarikh tamat..mohon maaf agak late ni..

    BalasPadam
  3. banyak info maklumat sini sangat berterima kasih..pkg

    BalasPadam