Khamis, 31 Mac 2016

PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016



PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2016

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ruj: KP/KPPM/Jld.2 (  ) bertarikh 01 Mac 2016 dan Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Ruj: BTPN(SBH)8871/3/3 (23), tarikh 15 Mac 2016, berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dimaklumkan bahawa semua sekolah dan kolej di Daerah Keningau hendaklah melaksanakan program KM1M tersebut mengikut ketetapan berikut:

     Program KM1M       :   3 – 6 April 2016
     Pelancaran KM1M   :   4 April 2016
  Masa Pelancaran     :   10.00 pagi - Pelancaran serentak dengan Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah di Daerah Tuaran, Sabah dan Pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan di SMK Sultanah Engku Aminah, Johor Bahru, Johor. Aktiviti - Membaca buku selama 10 minit.
      Tema                      :   Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia.

3.   Sehubungan itu, sila rancang program KM1M mengikut panduan yang disertakan. Sila hantar Laporan Pelaksanaan mengikut format yang telah ditetapkan sebelum atau pada 15 April 2016, di pejabat Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau (Urusetia Daerah).

4.   Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mustafa Malisin - 0138729110 atau Ustaz Erwan Jail - 0168263905.

SILA MUAT TURUN: DOKUMEN-DOKUMEN KM1M 2016