Isnin, 13 Mei 2019

SJKC Yuk Kong, Keningau - Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang, Peringkat Negeri Sabah 2019

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah yang disambut di Daerah Semporna pada kali ini menyaksikan sebuah sekolah dari Daerah Keningau iaitu SJKC Yuk Kong telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, Peringkat Negeri Sabah 2019.

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar serta seluruh warga SJKC Yuk Yin kerana berjaya mengharumkan nama Daerah Keningau di peringkat Negeri Sabah.
Sijil kemenangan - Johan Anugerah PSS Cemerlang, Peringkat Negeri Sabah - 2019 - Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

Guru Besar (Tengah) Mr Tan bergambar bersama YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua Pegawai Teknologi Pendidikan PTPB dan PKG Bahagian Keningau, serta pegawai-pegawai dari PPD Daerah Keningau yang telah memberi khidmat bantu dan nasihat kepada pengurusan PSS SJKC Yuk Kong.