Isnin, 20 Oktober 2014

PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA - KM1M 2014 - DAERAH KENINGAU, SABAH

Surat dari KPM bernombor Ruj: KP(BTP-PSP)8810/3/3 Jld.2 (4) bertarikh 13 Oktober 2014 dan Surat JPN Sabah bernombor Ruj: BTPN(SB)8871/4/2 Jld.4 (30) bertarikh 01 Oktober 2014 adalah dirujuk.

02. Dimaklumkan bahawa program KM1M akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 4 hingga 6 November 2014.

03. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar dapat merancang dan melaksanakan KM1M tersebut seperti yang telah diarahkan oleh pihak KPM di sekolah masing-masing.


04. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin – 0128480296 atau 087-335926.

Sila MUAT TURUN DOKUMEN DAN PANDUAN PELAKSANAAN KM1M 2014.