Isnin, 23 April 2012

Pengumpulan Maklumat Inisiatif ICT Sekolah

Kepada Guru Besar sekolah rendah Daerah Keningau seperti tersenarai di bawah:
1. SK Rancangan Biah
2. SK Kabatang Baru
3. SK Kampong Baru
4. SK Lanas
5. SK Senagang
6. SK Kebulu
7. SK Tulid
8. SK Sinulihan Baru
9. SK Simbuan Tulid
10. SK Rancangan Belia Tiulon
11. SK Bunang Sook
12. SK Lintuhun Baru
13. SK Pekan Keningau II

Dimaklumkan bahawa sekolah tuan/puan telah tersenarai dalam 'cadangan' Projek Pembekalan PC Baharu MBMMBI tahun 2012. Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mendownload 10. Borang Inisiatif ICT Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan mengghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393 sebelum atau pada  27 April 2012.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926.

Pengumpulan Maklumat Kerosakan Projektor LCD dan Switch Sekolah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa BTP sedang mengumpul maklumat kerosakan Projektor LCD dan Switch di sekolah-sekolah bagi tujuan permohonan tahun 2012 melibatkan semua sekolah di Negeri Sabah.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mengisi borang maklumat kerosakan tersebut dan kembalikan sebelum atau pada 25 April 2012. Sila 'download' 11. Borang Maklumat LCD dan Switch Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan menghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393.

Maklumat sama, sila rujuk Portal BTPN Sabah.

Jika ada pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926. Terima kasih.

Khamis, 19 April 2012

Muat Turun Bahan - Pusat Sumber Sekolah

Tugas dan tanggungjawab seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Pusat Sumber (GPSS) rencam dan amat mencabar. Justeru, memerlukan sokongan dan dokongan yang kuat bukan sahaja dari pentadbir sekolah, malah seluruh komuniti sekolah juga harus memainkan peranan supaya PSS dapat berfungsi. Memang benar mengikut pekeliling dan garis panduan KPM, tugas-tugas mengajar GPM dihadkan sekurang-kurangnya 6 - 8 waktu seminggu. Hal ini pernah ditimbulkan, dipersoal dan dijadikan isu. Kononnya tugas GPM/GPSS bertambah mudah dengan jumlah peruntukan masa yang sedikit.

Hakikatnya, bahan yang digunakan oleh GPM/GPSS untuk mengurus dan mentadbir PSS  seperti tersenarai (di halaman Muat Turun) hanya sebahagian kecil dari tugas sebenar mereka.

Sila 'download' bahan PSS tersebut di halaman Muat Turun blog ini.

Khamis, 12 April 2012

Taklimat SSQS Bagi Sekolah Yang Mencapai 3 - 5 Bintang

Satu sesi taklimat berkenaan Smart School Qualification Standard (SSQS) telah berlangsung pada 9 April 2012, jam 2.30 hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Sekolah yang terlibat ialah sekolah-sekolah yang mencapai 3 hingga 5 bintang mengikut standard penarafan SSQS Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah, iaitu Pn Rebecca Junis dan En. Azhar Balon.

Bagi sekolah-sekolah yang mendapat 1 dan 2 bintang, mereka akan dipanggil dalam satu sesi taklimat yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sila 'download' bahan taklimat SSQS di halaman Muat Turun blog ini.

Rabu, 11 April 2012

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA "HARI ICT 2012"

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan satu program "HARI ICT 2012"  pada pertengahan Julai 2012 bertempat di universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak.

Sehubungan itu, pihak Universiti berbesar hati menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Sehubungan ini juga, pihak Universiti memohon pihak tuan untuk menghebahkan pertandingan tersebut kepada semua sekolah di negeri tuan.

Sumber: Laman Web JPN Sabah.
Nota: Sila 'download' borang di halaman Muat Turun blog ini.

Selasa, 10 April 2012

Taklimat Penyelenggaraan ICT Sekolah-Sekolah Zon Pedalaman 2012

Taklimat telah diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Taklimat telah dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar dan wakil, serta GPB/GICT setiap sekolah yang terlibat.

Sila 'download' bahan taklimat di halaman Muat Turun blog ini.

TEKNOPEN KINABALU 2012

Tema: MEMPERKASAKAN SEKOLAH KE ARAH PEMBESTARIAN

Tarikh: 5 Julai 2012
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Kertas Kerja Dikehendaki:
Warga pendidik di Negeri Sabah yang berminat dipelawa untuk membentangkan kertas kerja dalam persidangan ini. Kertas kerja yang dibentang hendaklah memenuhi salah satu objektif (Rujuk dalam Borang Pembentang). Sila lengkapkan Borang Pembentang (sila Download di halaman Muat Turun) dan emel atau faxkan kepada Urus Setia Persidangan pada atau sebelum 18 Jun 2012. Persidangan dilaksanakan dalam dua format, iaitu Sesi Umum dan Sesi Selari. Sesi Umum memperuntukkan masa selama satu jam manakala Sesi Selari memperuntukkan masa selama setengah jam.

Ahad, 8 April 2012

Pemantauan Prestasi Penyelenggaraan Peralatan ICT 2011 -BTPN Sabah

Pemantauan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Sekolah terlibat: SMK Tulid dan SMK Apin-Apin, Keningau
Tarikh: 9 April 2012 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Sehubungan itu, sekolah yang terlibat perlu menyediakan dokumen penyelenggaraan ICT sepanjang tahun 2011.

Sila "download" surat makluman dari BTPN Sabah di halaman Muat Turun.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan PKG Daerah Keningau.

Khamis, 5 April 2012

Taklimat SSQS Daerah Keningau


Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan sahaja.

Taklimat SSQS tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 April 2012 (Isnin)
Masa: 2.00 petang
Tempat: PKG Keningau

Sila 'muat turun' surat jemputan serta senarai sekolah terlibat di laman muat turun blog ini.

Terima kasih. Admin.

Selamat Datang

Assalamu'alaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Keningau Bestari.

Blog ini diwujudkan sebagai alternatif kepada sumber maklumat serta akses warga pendidik khususnya di Zon Pedalaman (Tenom, Tambunan, Nabawan dan Keningau) terhadap bahan serta maklumat terkini pendidikan.

Diharapkan kewujudan blog ini dapat membantu mempercepatkan penyaluran maklumat kepada warga pendidik. Admin