Khamis, 31 Januari 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 (UPDATED)

Tujuan program ini ialah untuk memilih pelajar yang berkelayakan bagi mewakili Daerah Keningau ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian/Zon Pedalaman yang dijangka akan berlangsung pada 28 atau 29 Februari 2013.

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin)   21 Februari 2013 (Khamis)

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi dan Bilik Makmal, PKG Daerah Keningau, Sabah

Kelayakan penyertaan adalah berdasarkan kriteria pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Sabah:
  • Calon Tokoh NILAM Negeri hendaklah telah mencapai pengiktirafan NILAM  dalam Tahap Jauhari. Calon tersebut juga mesti terdiri daripada murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang sudah membaca lebih 360 buah buku dan ke atas bagi sekolah rendah atau 288 buah buku dan ke atas bagi sekolah menengah serta telah membaca buku Bahasa Inggeris sebanyak 72 bagi sekolah rendah dan 58 bagi sekolah menengah.
  • Dibuktikan dengan buku rekod bacaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah. Bagi murid sekolah rendah perlu ada buku rekod bacaan dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah.
  • Ada pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan dokumen sokongan atau sijil dan pencapaian akademik yang baik berdasarkan buku rekod prestasi.
  • Telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggeris.
Penilaian bagi Pemilihan Tokoh NILAM Negeri merangkumi 4 aspek iaitu:

  • Pengesanan penghayatan dan apresiasi pembacaan  ( 20% )
  • Pengesanan pengetahuan ( 25% )
  • Pengesanan kebestarian ( 30% )
  • Penulisan - Pengesanan kemahiran memberikan pendapat/ulasan ( 25% )
  • Jumlah markah keseluruhan ialah 100%.

    Terdapat 4 kategori Tokoh NILAM yang akan dipertandingkan, iaitu:
    1. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BM
    2. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BI
    3. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BM
    4. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BI

    Nota: Borang penyertaan dan surat jemputan boleh dimuat turun bermula pada 8 Februari 2013.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan