Jumaat, 21 September 2012

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2012 dan READ 2012 Bersama Scholastic Malaysia - UPDATED

Dimaklumkan bahawa Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2012 akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara. Di peringkat kebangsaan, pelancaran akan berlangsung di SMK Seksyen 9, Jln Tengku Ampuan Rahimah 9/20, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 24 Oktober 2012.
Perasmian program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 bagi Negeri Sabah akan disempurnakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2012M/8 Zulhijjah 1433H (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Datuk Sri Panglima Lee Tsen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, Program KM1M 2012 hendaklah dilaksanakan di semua PPD (peringkat Daerah) dan sekolah (peringkat sekolah) di seluruh Negeri Sabah. Sila muat turun surat rujukan serta panduan pelaksanaan program tersebut di laman muat turun blog ini.


Disamping KM1M, program READ 2012 yang dikelolakan oleh SCHOLASTIC Malaysia juga akan berlangsung serentak. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program READ 2012, perlulah mendaftar melalui www.readtogether.com.my selewat-lewatnya 30 September 2012. Bagi program READ 2012, sebanyak 50 buah buku akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Di bawah ini ialah senarai 8 buah sekolah (Daerah Keningau sahaja) yang telah tersenarai dalam program READ 2012:
1. SJKC  Cheng Ming
2. SJKC Yuk Kong
3. SMK Bingkor
4. SMKGunsanad 2
5. SK Penagatan
6. SK St James
7. SK Binaong
8. SMK Keningau

Nota: Terdapat perubahan senarai sekolah di atas sebelum ini. Senarai di atas telahpun dihantar lebih awal kepada urusetia di peringkat negeri.

Updated:
1. Sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 bintang di dalam pengisian aplikasi iQPSS akan diberikan anugerah semasa pelancaran program KM1M.
2. Ucapan pelancaran KM1M oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah akan disiarkan secara langsung melalui Video Streaming.


1 ulasan:

  1. Sk. Penagatan tersenarai ya Mus. So nak upload gambar saja nanti ke vedio program read together ni.? ok lah nanti saya jumpa ya

    BalasPadam