Khamis, 27 Jun 2013

Bengkel Pengisian Aplikasi i-NILAM, Kementerian Pelajaran Malaysia - Daerah Keningau, 2013

Sesi taklimat penggunaan dan pengisian aplikasi i-NILAM, KPM.
Keningau - 24-25 Jun 2013, seramai 69 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari 69 buah sekolah rendah dan menengah Daerah Keningau menghadiri Bengkel Pengisian Aplikasi i-NILAM, KPM. Bengkel tersebut yang dikelolakan oleh PKG telah diadakan di Bilik Trus Madi, PKG daerah Keningau.

Sebahagian GPM/GPSS sekolah-sekolah Daerah Keningau yang hadir.
Melalui bengkel tersebut, para peserta telah didedahkan dengan cara-cara pengisian Aplikasi i-NILAM secara 'online' melalui sesawang http://nilam.tarantula.my. Para peserta juga telah dilatih untuk mendapatkan data murid dari sumber APDM dan SMM. Peserta seterusnya perlu memasukkan maklumat dan data murid tersebut ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut melalui proses 'import data'. Selepas itu, GPM/GPSS dilatih pula untuk memasukkan rekod bacaan buku setiap murid ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut.

Sesi 'hands on' pengisian aplikasi i-NILAM secara online.
Sehubungan dengan bengkel yang telah berjaya dilaksanakan tersebut, penghantaran laporan pelaksanaan Program NILAM setiap sekolah secara manual menggunakan borang (kertas) yang dilakukan sebanyak 2 kali setahun (Jun dan Oktober) tidak lagi perlu dilakukan, sebaliknya hanya menggunakan aplikasi i-NILAM.

Taklimat sesi ke 2 - Kumpulan 2.
Jika GPM/GPSS menghadapi masalah berkaitan pengisian aplikasi i-NILAM, sila berhubung dengan Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Keningau di talian 087-335926.

Isnin, 24 Jun 2013

Technorama-IT Fiesta Daerah Keningau 2013

Mesyuarat persediaan Program Technorama IT- Fiesta Peringkat daerah Keningau, 2013.
Technorama-IT Fiesta Peringkat daerah Keningau, Sabah akan berlangsung pada 1-4 Julai 2013 bertempat di Bilik Makmal SMK Gunsanad 2, Keningau. Program tersebut adalah anjuran bersama Bahagian Kemajuan IT, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah serta Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA).

Sebanyak 5 buah sekolah di daerah Keningau terlibat, iaitu SMK Gunsanad 2, SM Ken Hwa, Kolej Vokasional Keningau, SK Kg. Keningau dan SJKC Yuk Yin, Keningau. Di dalam program tersebut para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar akan didedahkan tentang proses penyuntingan dan penerbitan video serta asas-asas penghasilan teknologi animasi.

En. Chua (Tengah), En. Nailson Jimmy (Kanan) dan En. Karon Lo dari SATA.
Sehubungan dengan itu, satu sesi mesyuarat persediaan telah berlangsung pada 17 Julai 2013 bertempat di ruang bacaan PKG Daerah Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh En. Chua Guan Chee (JPN/BTPN Sabah) serta En. Nailson Jimmy (KPSKTM).


Khamis, 13 Jun 2013

"Jom Baca Buku"

Catatan pada kali ini agak berlainan berbanding informasi rasmi sebelum ini. Blog Keningau-Bestari memperkenalkan seorang bloger yang begitu kreatif membicarakan dapatan dari setiap buku yang dibacanya lalu dikongsi kepada umum. Bloger yang dimaksudkan ialah MINA dari Johor Bahru, Johor. Intipati berbentuk dapatan dan pengajaran dari setiap jilid buku yang dibacanya dipaparkan di dalam laman blog beliau yang sangat ringkas tetapi amat menarik. Tema blog beliau begitu bermakna, iaitu "Membaca Menghadang Kebodohan".

Sila berkunjung ke Jom Baca Buku - Oleh: Mina
Sila baca komen seorang peminat beliau di SINI.