Rabu, 21 Februari 2018

BENGKEL "CHEF" - BAGI ADMIN FROG VLE SEKOLAH-SEKOLAH (4G) DAERAH KENINGAU

Bengkel "Chef" bagi guru-guru "Admin" Frog VLE telah dilaksanakan pada 20 Februari 2018 (Selasa), bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau, Sabah.

Bengkel "Chef" bertujuan memberi pendedahan kepada Admin Frog VLE mengurus tadbir pemasukan data murid dari APDM ke dalam pelantar Frog VLE sekolah.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang Admin Frog VLE dari sekolah-sekolah (4G) Daerah Keningau. Bengkel ini juga merupakan salah satu program pengisian bagi sekolah Hub Frog VLE - SK Pasir Puteh, Keningau.

Perkongsian bengkel telah disampaikan oleh En. Fardhi Jalumin dari Frog Asia.





En. Fardhi Jalumin dari Frog Asia


Selasa, 20 Februari 2018

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH KENINGAU - 2018

Dimaklumkan bahawa Program Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Februari 2018 (Isnin)
Tempat: PKG Daerah Keningau, Sabah.
Masa: 7.00 pagi - 5.00 petang

Pemilihan adalah bertujuan untuk memilih calon yang akan mewakili Daerah Keningau ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) yang dijangka akan dilaksanakan pada 28 Februari 2018 di Daerah Tenom, Sabah.

Kategori pemilihan adalah seperti berikut:
1. Kategori BM - Sekolah Rendah Luar Bandar
2. Kategori BM - Sekolah Menengah Luar Bandar
3. Kategori BI - Sekolah Rendah Luar Bandar
4. Kategori BI - Sekolah Menengah Luar Bandar 

Sila MUAT TURUN DOKUMEN PENYERTAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2018 dan SURAT JEMPUTAN