Selasa, 12 Jun 2012

Smart School Qualification Standard (SSQS)

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sabah pada 1 Julai - 31 Julai 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 1 Julai 2012. Harap Maklum.

Laporan Data Status Pelaksanaan Program NILAM Daerah Keningau sehingga 29 Mei 2012

Dimaklumkan bahawa PKG Daerah Keningau selaku urusetia Program NILAM Peringkat Daerah Keningau sedang mengumpul data status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah Daerah Keningau. Data yang diperlukan ialah sehingga pada 29 Mei 2012.

Sehubungan itu, mohon kerjasama GPM, GPSS atau Guru Penyelaras Program NILAM setiap sekolah Daerah Keningau agar dapat menghantar data tersebut mengikut format yang telah ditetapkan. Data hendaklah dihantar sebelum atau pada 20 Jun 2012 (Rabu) melalui cara-cara berikut:

  1. Menghantar terus ke pejabat PKG Daerah Keningau
  2. Menghantar melalui email: pkgkeningau@gmail.com
  3. Menghantar melalui fax: 087-333393
Sila muat turun format laporan (Excel) di halaman muat turun blog ini. P/S: Dokumen muat turun turut disertakan surat daripada Pengarah JPN dan PPD Daerah Keningau.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai PKG di talian 087-335926 atau 013-8729110.