Rabu, 18 September 2013

Penarafan Sekolah Menggunakan SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013 - UPDATED

Dimaklumkan bahawa pengisian SSQS telah dilanjutkan sehingga 4 Oktober 2013 5 Oktober 2013.

Untuk makluman tuan/puan, penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan pada setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di dalam mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.

Punca kuasa: KP(BTP-PPSB)8817/3/4 Jld.2 (20), Tarikh: 31 Julai 2013. Klik DI SINI
Taklimat operasi pelaksanaan di peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) telah dilaksanakan pada 06 September 2013. Klik di sini.

Penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2013 telah bermula dan akan berakhir pada 30 September 2013 5 Oktober 2013. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPB/GPICT sekolah-sekolah Daerah Keningau untuk mengisi serta melengkapkan borang yang boleh diakses melalui pautan di bawah;

a. Borang bagi Guru Perpustakaan & Media
b. Borang bagi Guru
c. Borang bagi Murid
d. Borang bagi Pentadbir

Panduan pengisian:
Bagi Sekolah Gred A & B
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
30 borang bagi Guru
30 borang bagi Murid

Bagi Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid)
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
6 borang bagi Guru
6 borang bagi Murid

Bengkel dan taklimat penarafan sekolah menggunakan SSQS akan dijalankan pada 24 September 2013 bertempat di PKG Keningau.

Pertanyaan:
Encik Mustafa Malisin: 012-8480296
Encik Erwan Jail: 016-8263905
Encik Ecthrisal Liberty: 012-8940708

Jumaat, 13 September 2013

Pemantauan Pengurusan PKG Daerah Keningau, Sabah

Pemantauan pengurusan dan pentadbiran PKG Daerah Keningau telah berlangsung pada 12 September 2013 (Khamis). Pemantauan dilakukan oleh pegawai pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah iaitu En. Romzi Ahmad (Penolong Pengarah, Unit PTPB/PKG), En. Azmy Hj Ahmad (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit UPIM) dan Puan Editha Ginibun (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit PTPB/PKG).

Pemantauan terhadap pengurusan PKG adalah bertujuan memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran PKG dapat dijalankan teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pemantauan meliputi pengurusan sistem fail pejabat, pengurusan aset, pengurusan penyelenggaraan dan keselamatan bangunan, pengurusan pemantauan, pengurusan pelaksanaan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Pemantauan berbentuk bimbingan dan khidmat bantu tersebut telah berjaya dilaksanakan dan diharapkan dapat memberikan impak yang postif terhadap pengurusan organisasi yang lebih baik dan berkesan.

Disebabkan masalah elektrik pada sesi pagi, pemantauan telah berlarutan sehingga ke malam dan hanya selesai pada pukul 12.00 tengah malam.
Pn Editha, En. Azmy Hj Ahmad (Tengah) dan En. Romzi Ahmad.
Sesi pemantauan pada waktu malam.

Rabu, 11 September 2013

Taklimat Penyelarasan Aktiviti PSS untuk GPM/GPSS Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Bengkel Penyelarasan Aktiviti PSS tersebut telah berlangsung pada 11 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau. Di dalam sesi bengkel, GPM/GPSS telah diperingatkan tentang tiga perkara penting iaitu Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) serta Pengisian aplikasi iQ-PSS dan iNILAM secara 'online'. Peserta juga diberi taklimat penggunaan sistem Automasi PSS e-PUSTAKAWAN oleh Puan Yana, wakil syarikat Multiple Service Enterprise.

Selasa, 10 September 2013

Taklimat Pengisian Penarafan "Star Ratting" Pembudayaan ICT di sekolah Untuk Pegawai dan Staf PTPB/PKG Bahagian Keningau

Satu sesi taklimat pengisian Aplikasi Smart School Qualification Standard (SSQS) telah dilaksanakan pada 6 September 2013 bertempat di Bilik Pegalan, PKG Daerah Keningau. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan, Juruteknik dan staf rangkaian PTPB dan PKG Bahagian Keningau.

Aplikasi SSQS merupakan 'tools' yang digunakan untuk menilai tahap 'star ratting' kemahiran dan pembudayaan ICT dalam kalangan pengurus, warga guru dan pelajar di setiap sekolah di seluruh Malaysia. Pada kali ini penarafan akan dilakukan menggunakan 'Google Docs'. Pengisian SSQS oleh sekolah-sekolah di seluruh negara akan berlangsung sepanjang bulan September 2013. Sehubungan ini, satu bengkel susulan kepada GPB/GICT sekolah-sekolah Daerah Keningau dijangka akan berlangsung pada 24 September 2013 (Selasa).

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Salleh Lingam, Penolong Pengarah Unit ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Turut hadir ialah En. Junaidi Azamain dan En. Fazley.
En. Salleh Linggam, Penolong Pengarah, BTPN Sabah sedang memberi taklimat SSQS

Isnin, 9 September 2013

Bengkel Penyelarasan Aktiviti PSS untuk GPM/GPSS Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Bengkel dan taklimat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk GPM/GPSS Sekolah-sekolah Daerah Keningau tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11 September 2013 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau
Keperluan peralatan: Sila bawa laptop dan sambungan wayar.

Sila muat turun surat jemputan daripada PPD Daerah Keningau.

Jumaat, 6 September 2013

Gambar-gambar Sekitar Bengkel Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM untuk Penolong Kanan 1 (Admin) Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Bengkel Aplikasi SPS KPM kelolaan PKG Daerah Keningau ini telah berlangsung pada 4 dan 5 September 2013. Tujuan bengkel adalah untuk memberi maklumat dan panduan-panduan secara 'Hands On' pengisian data aplikasi SPS KPM. Taklimat dan bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Azuan Azamain dan dibantu oleh Encik Nasran Abd. Rahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah serta En. Abdul Wahip Munchi, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Tenom.
En. Nasran Abd Rahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah
En. Mohd Azuan Azamain, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah