Selasa, 21 Jun 2016

Template Kutipan Data NILAM SK dan SM

Dimaklumkan bahawa pada tahun 2016, kutipan data NILAM seluruh negara tidak lagi menggunakan iNILAM Tarantula kerana dalam proses penjenamaan semula. Kutipan data NILAM akan menggunakan borang Template Excel.

Kutipan akan dibuat sepanjang suku tahun 2016, iaitu:
1 Jan - 31 Mac 2016
1 April - 30 Jun 2016
1 Julai - 30 Sept 2016
1 Okt - 31 Dis 2016

Kutipan hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 haribulan pada bulan berikutnya.

Sila muat turun TEMPLATE KUTIPAN DATA NILAM SK & SM.

Sementara itu, bagi persiapan pelaksanaan versi Program NILAM yang akan datang, pihak sekolah diminta supaya TIDAK MENCETAK BUKU PROGRAM NILAM SEKOLAH PADA TAHUN 2017. Ini selaras dengan Memo dari Urusetia Program NILAM KPM, Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia.

Terima kasih.

Rabu, 20 April 2016

KEMASKINI MAKLUMAT INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH KENINGAU - 2016



Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Tuan,

KEMASKINI MAKLUMAT INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH KENINGAU BAGI TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Dimaklumkan bahawa pihak BTP KPM sedang mengumpul maklumat inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM untuk dikemaskini ke dalam sistem eDATA BTP KPM.

3.  Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT/ Juruteknik Komputer di sekolah tuan/puan untuk mengemaskini data yang diperlukan melalui url:

URL                     :   https://goo.gl/P4R8iP
Tarikh tutup       :   27 April 2016


4.  Jika ada pertanyaan, sila hubungi EN. Mustafa Malisin atau En. Ecthrisal Liberty - PKG Keningau di talian 087335926, 0128480296 atau 0128940708.

Terima kasih.

Khamis, 31 Mac 2016

PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016



PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2016

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ruj: KP/KPPM/Jld.2 (  ) bertarikh 01 Mac 2016 dan Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Ruj: BTPN(SBH)8871/3/3 (23), tarikh 15 Mac 2016, berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dimaklumkan bahawa semua sekolah dan kolej di Daerah Keningau hendaklah melaksanakan program KM1M tersebut mengikut ketetapan berikut:

     Program KM1M       :   3 – 6 April 2016
     Pelancaran KM1M   :   4 April 2016
  Masa Pelancaran     :   10.00 pagi - Pelancaran serentak dengan Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah di Daerah Tuaran, Sabah dan Pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan di SMK Sultanah Engku Aminah, Johor Bahru, Johor. Aktiviti - Membaca buku selama 10 minit.
      Tema                      :   Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia.

3.   Sehubungan itu, sila rancang program KM1M mengikut panduan yang disertakan. Sila hantar Laporan Pelaksanaan mengikut format yang telah ditetapkan sebelum atau pada 15 April 2016, di pejabat Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau (Urusetia Daerah).

4.   Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mustafa Malisin - 0138729110 atau Ustaz Erwan Jail - 0168263905.

SILA MUAT TURUN: DOKUMEN-DOKUMEN KM1M 2016