Visi & Misi

VISI
Menerajui Transformasi Generasi Bestari melalui Teknologi Pendidikan

MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendididkan

Objektif
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam TEKNOPEN.
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Fungsi PKG
  1. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
  2. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  3. Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  4. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah.
  5. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
  6. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
  7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

Falsafah
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Piagam Pelanggan
Kami PKG Keningau dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:
  • Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
  • Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

Sejarah PKG
Sejarah kewujudan PKG bermula apabila tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 sekolah pada tahun 1978.  Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD) selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986, PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.

Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (TEKNOPEN).

PSPD bertukar nama menjadi Pusat Kegiatan Guru (PKG) pada tahun 1990. Sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina menggunakan peruntukan Bank Dunia. 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan PSPD  bagi mengelak kekeliruan istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Bermula 1 Jan 1996, PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN (kini dikenali BTPN).

Sejarah PKG Daerah Keningau
Bangunan PKG Daerah Keningau telah siap didirikan pada tahun 1992.
Bangunan PKG Keningau pada tahun 1992
Dari segi perjawatan, sejak penubuhannya sehingga pada tahun 1999, PKG diurus dan ditadbir oleh hanya seorang staf iaitu  Penyelaras PKG (DG29). Pada tahun 2000, perjawatan di PKG telah dinaik taraf dengan perlantikan seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 ( Ketua PKG).
Bangunan PKG Keningau pada tahun 1995
Tuan Haji Yusof bin Mohammad, ADK.
En. Abdul Gani Ajim
Seorang pembantu dilantik sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29, manakala seorang Kerani N17 turut dilantik untuk membantu kerja-kerja perkeranian. Pertambahan bilangan perjawatan di PKG adalah sejajar dengan perluasan bidang tugas PKG khususnya di dalam usaha menggalakkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan warga sekolah. Bagi membantu kerja-kerja teknikal, seorang Juruteknik FT17 juga turut dilantik.

Penyelaras PKG Keningau yang pertama ialah Tuan Hj. Yusoff bin Mohammad (1992-1998). Pada tahun 1998, beliau dinaikkan pangkat dan jawatannya diambil alih oleh Encik Abdul Gani Ajim. Pada tahun 2000, Encik Mustafa Malisin telah dilantik sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan menggantikan Encik Abdul Gani Ajim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan