EduWebTV

Versi terbaharu EduWebTV
Ramai guru masih tidak menyedari kewujudan EduWebTV.  Demikian juga kegunaan dan isi kandungannya.

Pernah seorang guru datang berjumpa dan bertanyakan kaset video atau cd tentang pidato. Kadangkala mereka mencari bahan video tentang debat, pantun, syair mahupun tarian. Kami hanya memberitahu alamat laman EduWebTV dan segala yang mereka perlukan semua terkandung di dalamnya. Ketika itu baharulah guru tersebut mengetahui kewujudan sumber pembelajaran berbentuk video berasaskan laman web ini. Malah bahan video tersebut boleh di muat turun serta merta (setelah menjadi ahli).

Sebenarnya isi kandungan EduWebTV bukan setakat itu. Di dalamnya terdapat 4 saluran rancangan. Salah satu daripadanya ialah saluran rancangan WebTV mengikut tahap dan mata pelajaran di dalam kurikulum.

Bahan sumber P&P merangkumi semua tahap

Berikut ialah maklumat lanjut EduWebTV yang dirujuk daripada laman sesawang Sumber Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Apakah itu Eduweb TV?
Eduweb TV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui internet.

2. Apakah bahagian Kementerian Pelajaran yang menguruskan Eduweb TV?
Eduweb TV diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

3. Siapakah yang boleh mengakses Eduweb TV?
Eduweb TV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet. Pengguna boleh mendaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan.

4. Adakah yuran atau pendaftaran diperlukan untuk menonton Eduweb TV?
Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.

5. Bagaimana cara untuk mengakses Eduweb TV?
Eduweb TV boleh diakses melalui internet dengan menggunakan alamat http://eduwebtv.com/v2/home/

6. Apakah spesifikasi asas yan diperlukan untuk mengakses Eduweb TV?
Anda hanya memerlukan talian internet, komputer dengan sekurang-kurangnya Pentium 3, 8MB Ram, Windows Media Player Versi 9 (dan ke atas), dan Windows XP Operating System (dan ke atas).

7. Apakah bentuk rancangan yang ada dalam Eduweb TV?
Eduweb TV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.

8. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya mendapati masalah untuk mengakses bahan video dalam Eduweb TV?
Sila hubungi Meja Bantuan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di talian 1-800-88-4774 atau 03-77237070 yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan