Khamis, 13 Disember 2012

PENTING - LENGKAPKAN BORANG DATA INSIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2012

Kepada:
Pengetua Cemerlang,
Guru Besar Cemerlang,
Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
SM/SMK/SK/SRK/SJKC Daerah Keningau, Sabah.

Tuan,

Per: MELENGKAPKAN BORANG DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2012

Kami di arah oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan untuk memaklumkan perkara di atas.

Maklumat seperti yang terkandung di dalam borang tersebut amat dikehendaki oleh pihak KPM dalam tempoh dan masa terdekat.

Pihak kami juga faham bahawa maklumat ini dikehendaki pada masa cuti persekolahan. Bagaimanapun, demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini maka kerjasama tuan/puan di pihak sekolah amatlah kami harapkan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Meja - En. Echtrisal Liberty 0128940708 atau 087335926 atau datang terus ke Pusat Kegiatan Guru Daerah Keningau.

Sekian dan terima kasih.

Selasa, 4 Disember 2012

Mesyuarat & Taklimat Penyelarasan Aktiviti PSS dan ICT Sekolah-Sekolah Daerah Keningau, 2013

Mesyuarat/taklimat tersebut telah berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2012, bertempat di Bilik Piombolutan, PPD Keningau. Tujuan program ialah bagi persiapan dan menyelaras aktiviti guru-guru GPM, GPSS, GPB, GICT serta Juruteknik FT17 pada tahun 2013.

Selepas taklimat penyelarasan aktiviti 2013 dilaksanakan, para peserta telah berpeluang mendengar taklimat dan ceramah berkaitan bidang tugas mereka daripada En. Azmy bin Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah. Penjelasan pegawai berkenaan nampaknya mendapat perhatian penuh daripada setiap peserta yang terlibat.
Taklimat penyelarasan aktiviti PSS dan ICT sekolah-sekolah Daerah Keningau, 2012
En. Azmy Ahmad, PTP BTPN Sabah, sedang memberi ceramah
Perkongsian penghasilan bahan inovasi PnP berasaskan kajian tindakan
Menyampaikan cenderamata kepada penceramah
Di dalam program yang berasingan, seramai 15 orang guru dari sekolah menengah yang berhampiran turut berpeluang berkongsi maklumat dengan En. Azmi Ahmad berkenaan tajuk Penghasilan Bahan Inovasi PnP berasaskan Kajian Tindakan. Program ini berlangsung di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau.

Pihak PKG Keningau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Azmy Ahmad, KPP BTPN Sabah serta semua peserta yang telah hadir di dalam program tersebut.