Khamis, 31 Januari 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 (UPDATED)

Tujuan program ini ialah untuk memilih pelajar yang berkelayakan bagi mewakili Daerah Keningau ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian/Zon Pedalaman yang dijangka akan berlangsung pada 28 atau 29 Februari 2013.

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin)   21 Februari 2013 (Khamis)

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi dan Bilik Makmal, PKG Daerah Keningau, Sabah

Kelayakan penyertaan adalah berdasarkan kriteria pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Sabah:
  • Calon Tokoh NILAM Negeri hendaklah telah mencapai pengiktirafan NILAM  dalam Tahap Jauhari. Calon tersebut juga mesti terdiri daripada murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang sudah membaca lebih 360 buah buku dan ke atas bagi sekolah rendah atau 288 buah buku dan ke atas bagi sekolah menengah serta telah membaca buku Bahasa Inggeris sebanyak 72 bagi sekolah rendah dan 58 bagi sekolah menengah.
  • Dibuktikan dengan buku rekod bacaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah. Bagi murid sekolah rendah perlu ada buku rekod bacaan dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah.
  • Ada pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan dokumen sokongan atau sijil dan pencapaian akademik yang baik berdasarkan buku rekod prestasi.
  • Telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggeris.
Penilaian bagi Pemilihan Tokoh NILAM Negeri merangkumi 4 aspek iaitu:

  • Pengesanan penghayatan dan apresiasi pembacaan  ( 20% )
  • Pengesanan pengetahuan ( 25% )
  • Pengesanan kebestarian ( 30% )
  • Penulisan - Pengesanan kemahiran memberikan pendapat/ulasan ( 25% )
  • Jumlah markah keseluruhan ialah 100%.

    Terdapat 4 kategori Tokoh NILAM yang akan dipertandingkan, iaitu:
    1. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BM
    2. Tokoh NILAM Sekolah Rendah - BI
    3. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BM
    4. Tokoh NILAM Sekolah Menengah - BI

    Nota: Borang penyertaan dan surat jemputan boleh dimuat turun bermula pada 8 Februari 2013.

    Jumaat, 11 Januari 2013

    PERINGATAN AKHIR - Pengisian dan Verifikasi Maklumat Data Inisiatif ICT Sekolah-Sekolah KPM 2012

    'Post' kami di Blog Rasmi PKG Daerah Keningau berkaitan tajuk di atas pada 13 Disember 2012 dan 2 Januari 2013 adalah dirujuk.

    Dimaklumkan bahawa sehingga 11 Januari 2013, hanya 22 daripada 83 buah sekolah di Daerah Keningau yang telah berjaya menghantar maklumat/data dengan lengkap (Borang diisi lengkap, pengesahan ditandatangani Pengetua/Guru Besar dan disertakan salinan Daftar Harta Modal Kew 312/Kew PA 2).

    Diingatkan sekali lagi bahawa maklumat data tersebut sangat dikehendaki oleh pihak yang berkenaan. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat memberi kerjasama untuk melengkap dan menghantarkan maklumat tersebut seperti ketetapan di dalam surat PPD Daerah Keningau yang dilampirkan.

    Sila muat turun surat panggilan di sini: SURAT PANGGILAN - 21 Jan 2013, LAMPIRAN A, KEHADIRAN PADA 3 JAN 2013.

    Jika sekolah telah menghantar, sila abaikan. Pihak kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pengetua, Guru Besar, GPB/GICT serta Juruteknik FT17 sekolah-sekolah Daerah Keningau yang telah membantu proses pengumpulan maklumat dan Inisiatif ICT 2012. Terima kasih.

    p/s: Sila muat turun borang maklumat inisiatif ICT di 'Post' kami sebelum ini.

    Rabu, 2 Januari 2013

    BENGKEL PENGISIAN & VERIFIKASI DATA MAKLUMAT INISIATIF ICT SEKOLAH KPM 2012

    Semua Pengetua/Pengetua Cemerlang,
    Semua Guru Besar/Guru Besar Cemerlang,
    SM/SMK/SK/SRK/SJKC Daerah Keningau, Sabah.

    Dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh: 3 Januari 2013 / 21 Safar 1434H (Khamis)
    Masa: 8.00 - 5.00 petang
    Tempat: PKG Daerah Keningau

    Sehubungan itu, kami memohon agar tuan dapat membenarkan Guru Penyelaras Bestari (GPB)/Guru ICT atau Juruteknik FT17, hadir ke bengkel tersebut.

    Sila bawa bersama:
    1. Salinan Daftar Harta Modal (Kew 312 dan Kew PA 2)
    2. Cop sekolah - Untuk pengesahan maklumat.
    3. Note Book - PC di PKG tidak mencukupi.

    Sila muat turun:
    1. Surat BTPN Sabah (melalui Timbalan Pengarah JPN Sabah) dan TKPPM.
    2. Borang Data Inisiatif ICT 2012

    Khamis, 13 Disember 2012

    PENTING - LENGKAPKAN BORANG DATA INSIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2012

    Kepada:
    Pengetua Cemerlang,
    Guru Besar Cemerlang,
    Semua Pengetua,
    Semua Guru Besar,
    SM/SMK/SK/SRK/SJKC Daerah Keningau, Sabah.

    Tuan,

    Per: MELENGKAPKAN BORANG DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2012

    Kami di arah oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan untuk memaklumkan perkara di atas.

    Maklumat seperti yang terkandung di dalam borang tersebut amat dikehendaki oleh pihak KPM dalam tempoh dan masa terdekat.

    Pihak kami juga faham bahawa maklumat ini dikehendaki pada masa cuti persekolahan. Bagaimanapun, demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini maka kerjasama tuan/puan di pihak sekolah amatlah kami harapkan.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Meja - En. Echtrisal Liberty 0128940708 atau 087335926 atau datang terus ke Pusat Kegiatan Guru Daerah Keningau.

    Sekian dan terima kasih.

    Selasa, 4 Disember 2012

    Mesyuarat & Taklimat Penyelarasan Aktiviti PSS dan ICT Sekolah-Sekolah Daerah Keningau, 2013

    Mesyuarat/taklimat tersebut telah berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2012, bertempat di Bilik Piombolutan, PPD Keningau. Tujuan program ialah bagi persiapan dan menyelaras aktiviti guru-guru GPM, GPSS, GPB, GICT serta Juruteknik FT17 pada tahun 2013.

    Selepas taklimat penyelarasan aktiviti 2013 dilaksanakan, para peserta telah berpeluang mendengar taklimat dan ceramah berkaitan bidang tugas mereka daripada En. Azmy bin Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah. Penjelasan pegawai berkenaan nampaknya mendapat perhatian penuh daripada setiap peserta yang terlibat.
    Taklimat penyelarasan aktiviti PSS dan ICT sekolah-sekolah Daerah Keningau, 2012
    En. Azmy Ahmad, PTP BTPN Sabah, sedang memberi ceramah
    Perkongsian penghasilan bahan inovasi PnP berasaskan kajian tindakan
    Menyampaikan cenderamata kepada penceramah
    Di dalam program yang berasingan, seramai 15 orang guru dari sekolah menengah yang berhampiran turut berpeluang berkongsi maklumat dengan En. Azmi Ahmad berkenaan tajuk Penghasilan Bahan Inovasi PnP berasaskan Kajian Tindakan. Program ini berlangsung di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau.

    Pihak PKG Keningau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Azmy Ahmad, KPP BTPN Sabah serta semua peserta yang telah hadir di dalam program tersebut.

    Khamis, 25 Oktober 2012

    KM1M 2012: PENGHARGAAN

    Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada:
    1. Pengetua, SM Ken Hwa, Keningau
    2. RTM - Keningau FM
    3. Ketua Pegawai dan semua Pegawai Perpustakaan, Perpustakaan Negeri Sabah, Wilayah Keningau.
    4. Semua yang telah hadir: Ketua-ketua Sektor JPN Sabah, Pegawai-pegawai JPN Sabah, semua Penolong Pengarah serta pegawai dan staf BTPN Sabah, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Negeri Sabah, PTP /PTPB dan PKG Negeri Sabah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Keningau; semua Pengetua, Guru Besar, guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah Daerah Keningau, Pengerusi PIBG
    5. Semua pihak yang telah memberi sumbangan secara langsung atau tidak.

    Rabu, 24 Oktober 2012

    Rakaman Web Video Streaming Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012


    Video streaming by Ustream Harap maaf. Kualiti audio visual kurang memuaskan. Hal ini disebabkan penggunaan saluran perkhidmatan web video streaming melalui USTREAM/TV/CHANNEL adalah berstatus percuma.

    Ahad, 21 Oktober 2012

    Ikuti Siaran Langsung Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012 di Blog Keningau Bestari

    Jika tidak ada aral, siaran langsung Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012 akan dapat diikuti melalui blog Keningau Bestari pada 24 Oktober 2012. Siaran langsung secara 'Video Streaming" ini dijangka akan disiarkan melalui USTREAM TV Channel. Ucapan pelancaran oleh Ybhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran, jabatan Pelajaran Negeri Sabah juga akan dapat ditonton dan didengar oleh setiap pusat pelancaran KM1M di peringkat daerah di seluruh Negeri Sabah. Siaran akan dapat diikuti bermula jam 8.00 pagi sehingga majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

    Panduan:
    1. Anda hanya perlu membuka blog ini.
    2. Capaian siaran akan bergantung kepada kelajuan internet yang anda guna.
    3. Jika tidak dapat disiarkan, pautan (link) siaran ke USTREAM.tv akan dipaparkan.

    Khamis, 18 Oktober 2012

    Mari Promosi KM1M 2012

    Berikut ialah paparan hadapan portal rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
    Di bawah ini ialah paparan hadapan portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.
    Berikut pula adalah salah satu pos di blog SK Penagatan, Keningau, Sabah.
    Mari kita meramaikan KM1M 2012.

    NOTA:
    Seramai lebih seribu orang peserta akan terlibat semasa pelancaran KM1M peringkat Negeri Sabah 2012 di Daerah Keningau, Sabah pada 24 Oktober 2012.