Isnin, 27 Januari 2014

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2014

Kepada;
Semua Pengetua/Guru Besar/Guru ICT/Juruteknik FT17 Sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Mohon kerjasama untuk mengurus kerosakan/penyelanggaraan ICT di sekolah tuan/puan berpandukan kenyataan berikut:

Untuk makluman, pihak tuan diminta membuat verifikasi data penyelenggaraan peralatan ICT sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT bagi tahun 2014. Jumlah sekolah yang hendak dibuat verifikasi sebanyak 10% daripada jumlah sekolah setiap daerah. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
·         Tidak tersenarai dalam Penyenggaraan Peralatan ICT 2013.
·         Mengisi Support Ticketing System (STS)
·         Ada Surat Permohonan (SILA DOWNLOAD DOKUMEN DI SINI)
·         Sekolah Projek (Jika Ada)

Bersama-sama ini disertakan Senarai Sekolah yang sudah mengisi STS dan borang-borang yang diperlukan untuk verifikasi data penyenggaraan peralatan ICT sekolah 2014.

Borang-Borang yang telah diverifikasi hendaklah dihantar sebelum 10 Febuari 2014 untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya pihak tuan gagal menghantar borang-borang verifikasi tersebut tidak akan tersenarai dalam kerja-kerja penyelenggaraan bagi tahun 2014. Sebarang pertanyaan boleh berhubung denagan saya atau En. Weltor Udian di talian 088-710934.

Selasa, 24 Disember 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau - 2014

Dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau supaya memaklumkan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS) atau guru penyelaras Program NILAM di sekolah masing-masing tentang program berikut:

Nama Program: PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KENINGAU, 2014
Tempat: PKG Daerah Keningau
Tarikh program: Pada penghujung bulan Januari atau awal Februari 2014 (Surat pemakluman akan dihantar ke semua sekolah)

Tujuan program ini ialah bagi memilih calon Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah Keningau ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian (Zon Pedalaman) dan seterusnya ke peringkat Negeri Sabah.

Kategori:
1. Bahasa Malaysia - Sekolah Rendah (Calon mestilah berada di Tahun 6, 2014)
2. Bahasa Inggeris - Sekolah Rendah (Calon mestilah berada di Tahun 6, 2014)
3. Bahasa Malaysia - Sekolah Menengah (Calon mestilah berada di Tingkatan 5, 2014)
4. Bahasa Inggeris - Sekolah Menengah (Calon mestilah berada di Tingkatan 5, 2014)

Calon-calon yang layak juga boleh mewakili Zon Pedalaman bagi acara Khemah Membaca.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi PTP PKG Daerah Keningau. Terima kasih.

Rabu, 23 Oktober 2013

Senarai Sekolah Mencapai 5 Bintang - Indeks Penarafan Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS), KPM - 2013

Diucapkan tahniah kepada dua buah sekolah dari daerah Keningau iaitu PSS SK Penagatan, Keningau dan PSS SMK Keningau II, Keningau. Semoga usaha anda akan memberi impak positif terhadap pencapaian dan kecemerlangan sekolah masing-masing.

Selasa, 22 Oktober 2013

Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia - KM1M, 2013

Cadangan sahaja. Boleh melaksanakan sebarang aktiviti mengikut kesesuaian.
Tarikh KM1M: 28, 29, 30 Oktober 2013
Tarikh Pelancaran KM1M: 28 Oktober 2013 (Isnin)
Waktu Pelancaran: 9.00 pagi (bukan 9.30 pagi)
Tempoh Membaca: 2013 saat atau 33 minit 55 saat

Ahad, 20 Oktober 2013

Pemantauan PSS, Program NILAM dan ICT - UPDATED

Berikut ialah jadual/tarikh serta senarai sekolah yang terlibat di dalam pemantauan oleh PTP PKG Daerah Keningau. Surat makluman pemantauan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau sudahpun diedar ke semua sekolah yang terlibat.

Dimaklumkan juga bahawa penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Virtual Learning Environment (VLE) dan MBMMBI juga akan dilihat semasa sesi pemantauan ini.

UPDATED - Terdapat perubahan tarikh pemantauan di SK Nangkawangan (5.11.2013 diubah ke 7.11.2013 - Rabu), SK Pohon Batu (6.11.2013 diubah ke  7.11.2013 - Khamis) dan SK. Binanon (7.11.2013 diubah ke 8.11.2013 - Jumaat)
Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

Selasa, 8 Oktober 2013

Modul Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Modul ini telah disediakan oleh BTP Negeri Johor. Sila ambil perhatian bahawa pentadbir (admin) bagi Negeri Johor adalah Guru Penyelaras Bestari (GPB), manakala pentadbir SPS di Negeri Sabah ialah Penolong Kanan 1.

Sila muat turun di: MODUL SPS