Khamis, 12 April 2012

Taklimat SSQS Bagi Sekolah Yang Mencapai 3 - 5 Bintang

Satu sesi taklimat berkenaan Smart School Qualification Standard (SSQS) telah berlangsung pada 9 April 2012, jam 2.30 hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Sekolah yang terlibat ialah sekolah-sekolah yang mencapai 3 hingga 5 bintang mengikut standard penarafan SSQS Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah, iaitu Pn Rebecca Junis dan En. Azhar Balon.

Bagi sekolah-sekolah yang mendapat 1 dan 2 bintang, mereka akan dipanggil dalam satu sesi taklimat yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sila 'download' bahan taklimat SSQS di halaman Muat Turun blog ini.

1 ulasan:

  1. sekolah mana yng dapat anugerah ni? tahniah lah pada sekolah mereka. menaikkan juga imej pendidikan di Keningau.

    BalasPadam