Selasa, 12 Jun 2012

Laporan Data Status Pelaksanaan Program NILAM Daerah Keningau sehingga 29 Mei 2012

Dimaklumkan bahawa PKG Daerah Keningau selaku urusetia Program NILAM Peringkat Daerah Keningau sedang mengumpul data status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah Daerah Keningau. Data yang diperlukan ialah sehingga pada 29 Mei 2012.

Sehubungan itu, mohon kerjasama GPM, GPSS atau Guru Penyelaras Program NILAM setiap sekolah Daerah Keningau agar dapat menghantar data tersebut mengikut format yang telah ditetapkan. Data hendaklah dihantar sebelum atau pada 20 Jun 2012 (Rabu) melalui cara-cara berikut:

  1. Menghantar terus ke pejabat PKG Daerah Keningau
  2. Menghantar melalui email: pkgkeningau@gmail.com
  3. Menghantar melalui fax: 087-333393
Sila muat turun format laporan (Excel) di halaman muat turun blog ini. P/S: Dokumen muat turun turut disertakan surat daripada Pengarah JPN dan PPD Daerah Keningau.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai PKG di talian 087-335926 atau 013-8729110.

1 ulasan:

  1. data nilam untuk oktober bila nak minta ni Mus..atau SK. Penagatan dah terlepas hantar dah ni, tak ada makluman dari pihak pentadbir. mei tu ada surat, sekarang belum ada..atau saya akan buat laporan terus hantar lah kio.

    BalasPadam