Jumaat, 7 September 2012

Keningau Tuan Rumah Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012

Daerah Keningau akan menjadi hos bagi Pelancaram Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat Negeri Sabah. Pelancaran Program KM1M tersebut akan berlangsung pada 24 Oktober 2012/8 Zulhijjah 1433H (Rabu), serentak di seluruh negara.

Pelancaran dijangka akan disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yussin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Program tersebut juga dijangka akan disiarkan secara langsung melalui siaran Video Streaming yang akan ditonton secara langsung oleh semua pusat pelancaran KM1M di seluruh Negeri Sabah. Siaran langsung tersebut boleh diakses melalui talian sesawang yang akan diberitahu kelak.

Sementara itu, mesyuarat pertama AJK Program Pelancaran KM1M peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 6 September 2012, bertempat di bilik Pegalan, PKG Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Masly Wahip, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Turut hadir dan menyampaikan taklimat perlaksanaan program KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012 ialah En Shamiun Salleh, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan