Rabu, 17 Oktober 2012

Mesyuarat AJK Pelaksana KM1M Ke-3 (Akhir), Peringkat Negeri Sabah - 2012 (UPDATED)

Mesyuarat AJK Pelaksana KM1M ke-3/2012 pada 17 Oktober 2012, jam 9.00 pagi, telah berlangsung di Bilik Piombolutan, Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah. Mesyuarat akhir sebelum program pelancaran KM1M pada 24 Oktober 2012 ini dipengerusikan oleh Puan Hajah Maimunah binti Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ketua AJK pelaksana KM1M Peringkat Negeri Sabah. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah En. Ahmad bin Jais, menjalankan tugas KPP BTPN Sabah serta En. Shamiun Salleh, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

UPDATED:
1.  Sebanyak 28 buah sekolah di Negeri Sabah telah mencapai 5 bintang di dalam aplikasi iQ-PSS pada tahun 2012. Semua sekolah yang terlibat telah dijemput menerima anugerah pada masa Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah, di Daerah Keningau.
2.  Semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah-sekolah Daerah Keningau di jemput hadir ke Majlis Pelancaran KM1M pada 24 Oktober 2012 di Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.
3.  Ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri di Daerah Keningau turut dijemput hadir ke Majlis Pelancaran KM1M 2012.
4. Seramai 30 orang Pengerusi PIBG dari sekolah-sekolah terpilih di Daerah Keningau turut dijemput.

1 ulasan:

  1. Syabas PPD Keningau menyahut cabaran menjadi tuan rumah KM1M peringkat negeri Sabah.

    BalasPadam