Isnin, 25 Februari 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian - Zon Pedalaman, 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) akan berlangsung pada 26 Februari 2013 (Selasa) bertempat di PKG Daerah Keningau, Sabah, bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pemilihan yang dikelolakan oleh Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) ini dijangka akan disertai oleh empat buah daerah pedalaman, iaitu Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan melibatkan seramai 16 orang peserta (4 peserta mewakili setiap daerah).

Program ini bertujuan untuk memilih 4 orang pelajar Tokoh NILAM bagi mewakili Zon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada awal Mac 2013.

Sebagai makluman kepada semua pasukan yang akan menyertai pemilihan ini, semua dokumen penyertaan boleh di muat turun melalui blog Keningau-Bestari. Sila rujuk 'post' sebelum ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Syamsiah Sikin Angkaus (PTP PTPB) di talian 016-8303962.

1 ulasan:

  1. Dah upload form tapi saya potong tu peringkat daerah keningau,
    semoga lancar pengurusan NILAM peringkat Bahagian Zon Pedalaman...

    BalasPadam