Khamis, 15 Mei 2014

Pengisian data Program NILAM Jan - Mei 2014: secara 'online' melalui aplikasi iNILAM Tarantula

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa pengisian data Program NILAM di sekolah-sekolah perlu dilakukan sebanyak 2 (dua) kali setiap tahun, iaitu pertengahan (di antara Mei dan Jun) dan hujung tahun (Oktober - November).

Sehubungan itu, kami diarah memaklumkan kepada sekolah bahawa pengisian pada pertengahan tahun 2014 dilaksanakan sehingga 19 Mei 2014. Sila maklumkan kepada Guru Pusat Sumber (GPSS), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Penyelaras NILAM di sekolah tuan/puan untuk melaksanakan pengisian tersebut di: SISTEM TARANTULA: i-NILAM

Pengisian secara manual juga dibenarkan. Sila muat turun borang berikut:
1. Borang NILAM Sekolah Rendah
2. Borang NILAM Sekolah Menengah

Dokumen Tambahan:
1. Surat Arahan
2. Status Pengisian iNILAM Daerah Keningau - 16 Mei 2014

Setelah muat turun, sila isikan data yang lengkap tanpa mengubahsuai formula yang sedia ada di dalam borang tersebut. Emelkan borang yang telah lengkap ke artique25@gmail.com dan cc pkgkeningau@gmail.com atau fax ke 088-710481.
Kedudukan Sabah di dalam Program NILAM peringkat kebangsaan

Jika terdapat masalah, sila berhubung dengan En. Mustafa Malisin - 0128480296, 0139729110 (Telegram) atau 087-335926.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan