Isnin, 9 September 2013

Bengkel Penyelarasan Aktiviti PSS untuk GPM/GPSS Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Bengkel dan taklimat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk GPM/GPSS Sekolah-sekolah Daerah Keningau tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11 September 2013 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau
Keperluan peralatan: Sila bawa laptop dan sambungan wayar.

Sila muat turun surat jemputan daripada PPD Daerah Keningau.

Jumaat, 6 September 2013

Gambar-gambar Sekitar Bengkel Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM untuk Penolong Kanan 1 (Admin) Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Bengkel Aplikasi SPS KPM kelolaan PKG Daerah Keningau ini telah berlangsung pada 4 dan 5 September 2013. Tujuan bengkel adalah untuk memberi maklumat dan panduan-panduan secara 'Hands On' pengisian data aplikasi SPS KPM. Taklimat dan bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Azuan Azamain dan dibantu oleh Encik Nasran Abd. Rahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah serta En. Abdul Wahip Munchi, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Tenom.
En. Nasran Abd Rahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah
En. Mohd Azuan Azamain, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah

Jumaat, 30 Ogos 2013

Bengkel Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Penolong kanan 1 (Admin) Sekolah-sekolah Daerah Keningau, Sabah

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2013, aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula digunakan secara rasmi di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan enam (6) modul teras.

Sehubungan itu, sesi bengkel penggunaan aplikasi SPS yang akan melibatkan Penolong Kanan 1 (sebagai Admin) bagi sekolah-sekolah Daerah Keningau, Sabah akan dilaksanakan pada 4 dan 5 September 2013. Memandangkan bilangan sekolah di Daerah Keningau yang banyak (83 buah sekolah), maka sesi bengkel akan dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan 1 pada 4 September 2013 (Rabu) dan kumpulan 2 pada 5 September 2013 (Khamis). Tempat: Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau.

Sila muat turun surat jemputan di sini: Surat Jemputan Bengkel SPS dari PPD Keningau.

Pertanyaan:
Encik Mustafa Malisin: 012-8480296
Encik Erwan Jail: 016-8263905

Laporan Program NILAM Sekolah-sekolah Daerah Keningau - Ogos 2013

Sila muat turun: LAPORAN PRESTASI PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Sebagai Urusetia Program Galakan Membaca Daerah Keningau, kami merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua, Guru Besar, GPM/GPSS, Guru Penyelaras Program NILAM serta semua yang telah terlibat melaksana dan menyemarakkan program membaca di sekolah masing-masing.

Bagi sekolah yang sedang merancang, bertindaklah dengan segera. Jika terdapat masalah, sila berhubung dengan kami di talian 087-335926. Kami sedia membantu.

Isnin, 29 Julai 2013

Pencapaian iNILAM - Julai 2013

Bengkel Pengisian Aplikasi iNILAM Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah-Sekolah Daerah Keningau telah berlangsung pada 24-25 Jun yang lalu. Bengkel tersebut dihadiri oleh sebilangan besar Guru Perpustakaan Media (GPM).

Sehubungan itu, penghantaran laporan aktiviti NILAM di sekolah secara manual sebanyak 2 kali setahun (Jun dan Oktober) tidak lagi perlu dilakukan, sebaliknya pelaporan mestilah dilakukan secara 'online' menggunakan aplikasi iNILAM.

Berikut ialah peratus penglibatan sekolah dan pelajar terhadap pengisian aplikasi tersebut:
Penglibatan sekolah rendah (D1 - D6), Peralihan (P) dan sekolah menengah (T1-T5), Daerah Keningau
Rekod penglibatan dan bilangan buku yang dibaca oleh pelajar
Pencapaian Tahap Jauhari Sekolah Rendah Daerah Keningau sehingga 29 Julai 2013
Pencapaian Tahap Jauhari Sekolah Menengah Daerah Keningau sehingga 29 Julai 2013
Perhatikan carta pencapaian sekolah rendah dan menengah Daerah Tawau di bawah:
Pencapaian Tahap Jauhari Sekolah Rendah Daerah Tawau sehingga 29 Julai 2013
Pencapaian Tahap Jauhari Sekolah Menengah Daerah Tawau sehingga 29 Julai 2013
Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi iNILAM, sila ajukan atau hubungi terus PKG Daerah Keningau di talian 087-335926.

Jumaat, 19 Julai 2013

Tahniah Penerima APC 2012 - daripada KGUBEST

KENINGAU BESTARI mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (Zon Pedalaman - Tambunan, Nabawan, Keningau dan Tenom). Majlis penganugerahan telah berlangsung di Dewan SJKC Yuk Kong, Keningau pada 28 Jun 2013 lepas.

Nota: Gambar boleh dituntut di pejabat PKG di setiap daerah.

Khamis, 18 Julai 2013

Khamis, 11 Julai 2013

Permohonan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa peruntukan penyelenggaraan peralatan ICT adalah berdasarkan kepada pelaporan kerosakan yang dilakukan sendiri oleh sekolah melalui laman sesawang SUPPORT TICKETING SYSTEM (STS).

Oleh itu, jika terdapat kerosakan peralatan ICT dan memerlukan penyelenggaraan, berbincanglah dengan Guru ICT atau Juruteknik dan laporkan melalui sistem tersebut.

Untuk makluman, perkara penting/asas yang akan diminta ialah nombor Daftar Harta Modal (Kew-PA 2 atau Kew 312), nama alat dan jenis kerosakan.

Sila hubungi pegawai PKG Daerah Keningau untuk mendapatkan user dan password: En. Mustafa, En. Erwan atau En. Echtrisal di talian 087-335926.

Selasa, 9 Julai 2013

Muat Turun - Bahan Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah - SPS KPM

Sila muat turun BAHAN TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
Taklimat SPS disampaikan oleh En. Salleh Linggam, Penolong Pengarah BTPN Sabah

Sebahagian Pengetua dan Guru Besar yang hadir taklimat SPS