Isnin, 24 Jun 2013

Technorama-IT Fiesta Daerah Keningau 2013

Mesyuarat persediaan Program Technorama IT- Fiesta Peringkat daerah Keningau, 2013.
Technorama-IT Fiesta Peringkat daerah Keningau, Sabah akan berlangsung pada 1-4 Julai 2013 bertempat di Bilik Makmal SMK Gunsanad 2, Keningau. Program tersebut adalah anjuran bersama Bahagian Kemajuan IT, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah serta Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA).

Sebanyak 5 buah sekolah di daerah Keningau terlibat, iaitu SMK Gunsanad 2, SM Ken Hwa, Kolej Vokasional Keningau, SK Kg. Keningau dan SJKC Yuk Yin, Keningau. Di dalam program tersebut para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar akan didedahkan tentang proses penyuntingan dan penerbitan video serta asas-asas penghasilan teknologi animasi.

En. Chua (Tengah), En. Nailson Jimmy (Kanan) dan En. Karon Lo dari SATA.
Sehubungan dengan itu, satu sesi mesyuarat persediaan telah berlangsung pada 17 Julai 2013 bertempat di ruang bacaan PKG Daerah Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh En. Chua Guan Chee (JPN/BTPN Sabah) serta En. Nailson Jimmy (KPSKTM).


Khamis, 13 Jun 2013

"Jom Baca Buku"

Catatan pada kali ini agak berlainan berbanding informasi rasmi sebelum ini. Blog Keningau-Bestari memperkenalkan seorang bloger yang begitu kreatif membicarakan dapatan dari setiap buku yang dibacanya lalu dikongsi kepada umum. Bloger yang dimaksudkan ialah MINA dari Johor Bahru, Johor. Intipati berbentuk dapatan dan pengajaran dari setiap jilid buku yang dibacanya dipaparkan di dalam laman blog beliau yang sangat ringkas tetapi amat menarik. Tema blog beliau begitu bermakna, iaitu "Membaca Menghadang Kebodohan".

Sila berkunjung ke Jom Baca Buku - Oleh: Mina
Sila baca komen seorang peminat beliau di SINI.

Jumaat, 17 Mei 2013

Jemputan Menyertai TEKNOPEN KINABALU Siri 3/2013

Dimaklumkan bahawa Persidangan TEKNOPEN KINABALU Siri 3/2013 akan berlangsung pada bulan Julai 2013. Persidangan tersebut dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPNS). Pada masa ini, pihak BTPNS sedang dalam usaha mengumpul penyertaan dari guru-guru yang ada menghasilkan bahan kajian atau bahan inovasi. Sehubungan itu, guru-guru dari daerah Keningau yang mempunyai bahan kajian atau inovasi serta berminat untuk menyertai persidangan tersebut hendaklah menghantar bahan dalam bentuk 'soft copy' ke pejabat PKG Daerah Keningau sebelum 29 Mei 2013 (Rabu).

Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi En Mustafa Malisin 012-8480296 atau 087-335926.

Jumaat, 26 April 2013

Penyelenggaraan Peralatan ICT 2013

Berikut adalah sekolah yang tersenarai di dalam penyelenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah di daerah Keningau pada tahun 2013:
  1. SK Batu Lunguyan
  2. SK St Francis Xavier
  3. SK Ulu Senagang
  4. SK St James, Apin-Apin
  5. SK Bulu Silou
  6. SK Kawakaan
  7. SJK (C) Cheng Ming
Bagi 7 buah sekolah di atas, mohon kerjasama GPB/GICT atau Juruteknik untuk melengkapkan MAKLUMAT PERALATAN ICT: PENYELENGGARAAN 2013 dan kembalikan ke PKG Daerah Keningau melalui emel pkgkeningau@gmail.com dengan segera.

Pemilihan sekolah yang tersenarai (7 buah) di atas adalah berdasarkan permohonan sendiri oleh sekolah melalui Support Ticketing System (STS) 2012.



Selasa, 9 April 2013

Sekitar Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, Bahagian/Zon dan Negeri Sabah 2013

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, Sabah 2013
Tarikh: 21 Februari 2013
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau, Sabah
Peserta dan guru pengiring pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, 2013
Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)
Pertama: Nur Fadilah bte Sipain (SK Bariawa Ulu, Keningau)
Kedua: Suhaila bte Ahalin (SK Pasir Puteh, Keningau)
Ketiga: Siti Nur Syahirah Nasarudin (SK Penagatan, Keningau)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
Pertama: Leo Alfredo Likon (SK Penagatan, Keningau)
Kedua: Adonia Japit (SK St James, Keningau)
Ketiga: Erna Angelah Aginisius (SK St James, Keningau)

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
Pertama: Siti Nazurah bt Moinin (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Rosana Esidro Oblegar (SM St Francis Xavier, Keningau)
Ketiga: Joylency Yansoi (SMK Sook, Keningau)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)
Pertama: Mimi Aisah Bt Manshor (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Jacqueen Dior Jitol (SM St Francis Xavier, Keningau)
..........................................

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman), 2013
Tarikh: 26 Februari 2013
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau, Sabah

Peserta dan guru pengiring Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman, 2013

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)
Pertama: Nur Fadilah bte Sipain (SK Bariawa Ulu, Keningau)
Kedua: Nadia Azruin binti Yacob (SK Ladang Sapong, Tenom)
Ketiga: Aeron De Owen Masuning (SK Kitou, Tambunan)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
Pertama: Leo Alfredo Likon (SK Penagatan, Keningau)

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
Pertama: Siti Nazurah bt Moinin (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Nur Syazani Syahmi (SMK Entabuan, Tenom)
Ketiga: Siti Norain binti Abd Raman (SMK Entabuan, Tenom)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)
Pertama: Yean Albert (SMKEntabuan, Tenom)
Kedua: Mimi Aisah Bt Manshor (SM St Francis Xavier, Keningau)
.............................................

Penyertaan Zon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah, 2013
Tarikh: 18 – 22 Mac 2013
Tempat: SMKA Mohamad Ali Ranau, Sabah

Cikgu Zali, Pn. Rosmina dan Pn. Teo bersama peserta mewakiliZon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah di SMKA Mohamad Ali, Ranau, Sabah.

Guru Pengiring:
Pn. Rosminah Rantian (SM ST. Francis Xavier, Keningau)
Pn. Teo Chew Ling (SMK. Entabuan,Tenom)
En. Mohd. Zali Ayub (SK Penagatan, Keningau)

A)    Peserta Pemilihan Tokoh NILAM (Kategori Luar Bandar)
  • Kategori BM Sekolah Rendah - NurFadilah bte Sipain ( SK. Bariawa Ulu, Keningau )
  • Kategori BI Sekolah Rendah - Leo Alfredo Likon  ( SK. Penagatan, Keningau )
  • Kategori   BM  Sekolah Menengah - Siti Nazurah bt Moinin ( SM.St Francis Xavier, Keningau)
  • Kategori   BI  Sekolah Menengah - Yean Albert   (SMK Entabuan,Tenom)

B)    Peserta Khemah Membaca:
1.    Nadia Azruin bt Yakob     -  SK Ladang Sapong, Tenom
2.    Aeron De Owen Masuning -  SK Kitou, Tambunan
3.    Nur Syazani bt Syahmi      - SMK Entabuan,Tenom
 ................................................
Pencapaian Peserta Zon Pedalaman di Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah, 2013
Tokoh NILAM : Penyertaan bagi semua kategori.
Khemah Membaca:
Tempat Pertama (Johan) program Jejak Maklumat bagi kategori Sekolah Rendah.
Tempat Ketiga program Jejak Maklumat bagi kategori Sekolah Menengah.

Diucapkan penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada semua guru pengiring dan peserta.

Isnin, 18 Mac 2013

iQ-PSS: Pemakluman Terkini (UPDATED)

Sila muat turun SURAT PERINGATAN AKHIR PENGISIAN iQ-PSS dari PPD Keningau. Nota: Telah dihantar ke semua sekolah melalui peti surat sekolah di PPD Keningau.
..........
Dimaklumkan bahawa, hanya maklumat/data untuk iQ-PSS tahun 2013 yang perlu diisi. Sila abaikan maklumat/data untuk tahun 2012 kerana akses untuk tahun tersebut telahpun ditutup. Kami memohon maaf di atas kesilapan pemakluman mengenai perkara tersebut semasa bengkel/taklimat 13 & 14 Mac 2013.

Untuk makluman, pihak PPD Keningau akan mengeluarkan surat Peringatan Akhir berkaitan pengisian aplikasi iQ-PSS tersebut. Oleh itu, kami memohon kerjasama kepada semua Pengetua, Guru Besar, GPM dan GPSS agar dapat mengambil tindakan segera.

Jika terdapat sebarang masalah, segeralah berhubung dengan kami. Kami sedia membantu. Terima kasih.

Isnin, 4 Mac 2013

Penarafan Pusat Sumber Sekolah - iQ-PSS, 2013 (Updated)

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Sistem Automasi Pusat Sumber Bersepadu iQ-PSS bagi tahun 2013 telah mula dibuka sejak 7 Januari 2013 untuk aktiviti penarafan oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS) di semua sekolah.

Pengisian penarafan tersebut boleh dilakukan melalui portal http://iqpss.tarantula.my sebelum 1 April 2013.

Sehubungan dengan ini, bagi menyelaras pengisian di peringkat Daerah Keningau, maka satu bengkel akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
13 Mac 2013 (Rabu) - Kumpulan 1
14 Mac 2013 (Khamis) - Kumpulan 2
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi, Keningau, Sabah

Sila muat turun: ....akan dikemaskini.. Klik untuk memuat turun dokumen:
  1. Surat Jabatan Pelajaran negeri Sabah, dan
  2. Surat Pegawai Pelajaran daerah Keningau
  3. Borang iQ-PSS 2013 - Dokumen ini perlu di muat turun, diisi lengkap dan dibawa pada masa bengkel 13 & 14 Mac 2013.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami En Erwan Jail di talian 087-335926 atau 016-8263905.

Maklumat tambahan:
  1. PPD Keningau akan menyampaikan ucapan di awal sesi bengkel (bagi setiap kumpulan).
  2. Selain daripada iQ-PSS, iNILAM juga akan dimasukkan di dalam bengkel ini.

Isnin, 25 Februari 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian - Zon Pedalaman, 2013

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) akan berlangsung pada 26 Februari 2013 (Selasa) bertempat di PKG Daerah Keningau, Sabah, bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pemilihan yang dikelolakan oleh Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) ini dijangka akan disertai oleh empat buah daerah pedalaman, iaitu Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan melibatkan seramai 16 orang peserta (4 peserta mewakili setiap daerah).

Program ini bertujuan untuk memilih 4 orang pelajar Tokoh NILAM bagi mewakili Zon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada awal Mac 2013.

Sebagai makluman kepada semua pasukan yang akan menyertai pemilihan ini, semua dokumen penyertaan boleh di muat turun melalui blog Keningau-Bestari. Sila rujuk 'post' sebelum ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Syamsiah Sikin Angkaus (PTP PTPB) di talian 016-8303962.

Jumaat, 8 Februari 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2013 (UPDATED)

Terkini (19 Februari 2013): Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) akan berlangsung pada 26 Februari 2013 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tempat: PKG Keningau, Sabah.
 
Terkini (18 Februari 2013): Surat jemputan oleh PPD Keningau ke semua sekolah telah dihantar melalui peti surat sekolah masing-masing. Untuk makluman, sekolah yang mempunyai calon yang layak sahaja perlu menghantar wakil/peserta. Manakala bagi sekolah yang tidak ada peserta layak, tidak perlu hadir. Terima kasih.

Maklumat terbaharu: MAKLUMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH, 2013

Maklumat terbaharu program Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2013 adalah seperti berikut:

Tarikh: 21 Februari 2013 (Khamis)
Masa: 7.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Makmal dan Bilik Trus Madi, PKG Keningau

Sila muat turun dokumen dan borang penyertaan di sini: DOKUMEN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KENINGAU, 2013

Nota:
Terdapat sedikit kesilapan di dalam Borang Penyertaan/Pencalonan Pemilihan Tokoh NILAM, iaitu tidak dinyatakan Kategori NILAM Bahasa Melayu (NILAM BM) atau Kategori NILAM Bahasa Inggeris (NILAM BI). Oleh itu, sila nyatakan kategori tersebut di dalam Borang Pencalonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. MUSTAFA MALISIN - 0138729110 atau 087-335926.