Khamis, 11 Julai 2013

Permohonan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa peruntukan penyelenggaraan peralatan ICT adalah berdasarkan kepada pelaporan kerosakan yang dilakukan sendiri oleh sekolah melalui laman sesawang SUPPORT TICKETING SYSTEM (STS).

Oleh itu, jika terdapat kerosakan peralatan ICT dan memerlukan penyelenggaraan, berbincanglah dengan Guru ICT atau Juruteknik dan laporkan melalui sistem tersebut.

Untuk makluman, perkara penting/asas yang akan diminta ialah nombor Daftar Harta Modal (Kew-PA 2 atau Kew 312), nama alat dan jenis kerosakan.

Sila hubungi pegawai PKG Daerah Keningau untuk mendapatkan user dan password: En. Mustafa, En. Erwan atau En. Echtrisal di talian 087-335926.

Selasa, 9 Julai 2013

Muat Turun - Bahan Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah - SPS KPM

Sila muat turun BAHAN TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
Taklimat SPS disampaikan oleh En. Salleh Linggam, Penolong Pengarah BTPN Sabah

Sebahagian Pengetua dan Guru Besar yang hadir taklimat SPS

Khamis, 4 Julai 2013

Taklimat Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM - Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Keningau

Dimaklumkan bahawa satu program/taklimat pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia akan di laksanakan pada ketetapan berikut:

Peserta: Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Keningau
Tarikh: 9 Julai 2013 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 12.30 petang
Tempat: Bilik Piombolutan, PPD Keningau

Pertanyaan boleh dikemukakan di talian telefon PKG Daerah Keningau, 087-335926.

Nota: Surat jemputan telah dihantar ke semua sekolah melalui peti surat sekolah di PPD Keningau.

Khamis, 27 Jun 2013

Bengkel Pengisian Aplikasi i-NILAM, Kementerian Pelajaran Malaysia - Daerah Keningau, 2013

Sesi taklimat penggunaan dan pengisian aplikasi i-NILAM, KPM.
Keningau - 24-25 Jun 2013, seramai 69 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari 69 buah sekolah rendah dan menengah Daerah Keningau menghadiri Bengkel Pengisian Aplikasi i-NILAM, KPM. Bengkel tersebut yang dikelolakan oleh PKG telah diadakan di Bilik Trus Madi, PKG daerah Keningau.

Sebahagian GPM/GPSS sekolah-sekolah Daerah Keningau yang hadir.
Melalui bengkel tersebut, para peserta telah didedahkan dengan cara-cara pengisian Aplikasi i-NILAM secara 'online' melalui sesawang http://nilam.tarantula.my. Para peserta juga telah dilatih untuk mendapatkan data murid dari sumber APDM dan SMM. Peserta seterusnya perlu memasukkan maklumat dan data murid tersebut ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut melalui proses 'import data'. Selepas itu, GPM/GPSS dilatih pula untuk memasukkan rekod bacaan buku setiap murid ke dalam aplikasi i-NILAM tersebut.

Sesi 'hands on' pengisian aplikasi i-NILAM secara online.
Sehubungan dengan bengkel yang telah berjaya dilaksanakan tersebut, penghantaran laporan pelaksanaan Program NILAM setiap sekolah secara manual menggunakan borang (kertas) yang dilakukan sebanyak 2 kali setahun (Jun dan Oktober) tidak lagi perlu dilakukan, sebaliknya hanya menggunakan aplikasi i-NILAM.

Taklimat sesi ke 2 - Kumpulan 2.
Jika GPM/GPSS menghadapi masalah berkaitan pengisian aplikasi i-NILAM, sila berhubung dengan Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Keningau di talian 087-335926.

Isnin, 24 Jun 2013

Technorama-IT Fiesta Daerah Keningau 2013

Mesyuarat persediaan Program Technorama IT- Fiesta Peringkat daerah Keningau, 2013.
Technorama-IT Fiesta Peringkat daerah Keningau, Sabah akan berlangsung pada 1-4 Julai 2013 bertempat di Bilik Makmal SMK Gunsanad 2, Keningau. Program tersebut adalah anjuran bersama Bahagian Kemajuan IT, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah serta Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA).

Sebanyak 5 buah sekolah di daerah Keningau terlibat, iaitu SMK Gunsanad 2, SM Ken Hwa, Kolej Vokasional Keningau, SK Kg. Keningau dan SJKC Yuk Yin, Keningau. Di dalam program tersebut para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar akan didedahkan tentang proses penyuntingan dan penerbitan video serta asas-asas penghasilan teknologi animasi.

En. Chua (Tengah), En. Nailson Jimmy (Kanan) dan En. Karon Lo dari SATA.
Sehubungan dengan itu, satu sesi mesyuarat persediaan telah berlangsung pada 17 Julai 2013 bertempat di ruang bacaan PKG Daerah Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh En. Chua Guan Chee (JPN/BTPN Sabah) serta En. Nailson Jimmy (KPSKTM).


Khamis, 13 Jun 2013

"Jom Baca Buku"

Catatan pada kali ini agak berlainan berbanding informasi rasmi sebelum ini. Blog Keningau-Bestari memperkenalkan seorang bloger yang begitu kreatif membicarakan dapatan dari setiap buku yang dibacanya lalu dikongsi kepada umum. Bloger yang dimaksudkan ialah MINA dari Johor Bahru, Johor. Intipati berbentuk dapatan dan pengajaran dari setiap jilid buku yang dibacanya dipaparkan di dalam laman blog beliau yang sangat ringkas tetapi amat menarik. Tema blog beliau begitu bermakna, iaitu "Membaca Menghadang Kebodohan".

Sila berkunjung ke Jom Baca Buku - Oleh: Mina
Sila baca komen seorang peminat beliau di SINI.

Jumaat, 17 Mei 2013

Jemputan Menyertai TEKNOPEN KINABALU Siri 3/2013

Dimaklumkan bahawa Persidangan TEKNOPEN KINABALU Siri 3/2013 akan berlangsung pada bulan Julai 2013. Persidangan tersebut dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPNS). Pada masa ini, pihak BTPNS sedang dalam usaha mengumpul penyertaan dari guru-guru yang ada menghasilkan bahan kajian atau bahan inovasi. Sehubungan itu, guru-guru dari daerah Keningau yang mempunyai bahan kajian atau inovasi serta berminat untuk menyertai persidangan tersebut hendaklah menghantar bahan dalam bentuk 'soft copy' ke pejabat PKG Daerah Keningau sebelum 29 Mei 2013 (Rabu).

Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi En Mustafa Malisin 012-8480296 atau 087-335926.

Jumaat, 26 April 2013

Penyelenggaraan Peralatan ICT 2013

Berikut adalah sekolah yang tersenarai di dalam penyelenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah di daerah Keningau pada tahun 2013:
  1. SK Batu Lunguyan
  2. SK St Francis Xavier
  3. SK Ulu Senagang
  4. SK St James, Apin-Apin
  5. SK Bulu Silou
  6. SK Kawakaan
  7. SJK (C) Cheng Ming
Bagi 7 buah sekolah di atas, mohon kerjasama GPB/GICT atau Juruteknik untuk melengkapkan MAKLUMAT PERALATAN ICT: PENYELENGGARAAN 2013 dan kembalikan ke PKG Daerah Keningau melalui emel pkgkeningau@gmail.com dengan segera.

Pemilihan sekolah yang tersenarai (7 buah) di atas adalah berdasarkan permohonan sendiri oleh sekolah melalui Support Ticketing System (STS) 2012.



Selasa, 9 April 2013

Sekitar Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, Bahagian/Zon dan Negeri Sabah 2013

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, Sabah 2013
Tarikh: 21 Februari 2013
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau, Sabah
Peserta dan guru pengiring pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau, 2013
Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)
Pertama: Nur Fadilah bte Sipain (SK Bariawa Ulu, Keningau)
Kedua: Suhaila bte Ahalin (SK Pasir Puteh, Keningau)
Ketiga: Siti Nur Syahirah Nasarudin (SK Penagatan, Keningau)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
Pertama: Leo Alfredo Likon (SK Penagatan, Keningau)
Kedua: Adonia Japit (SK St James, Keningau)
Ketiga: Erna Angelah Aginisius (SK St James, Keningau)

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
Pertama: Siti Nazurah bt Moinin (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Rosana Esidro Oblegar (SM St Francis Xavier, Keningau)
Ketiga: Joylency Yansoi (SMK Sook, Keningau)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)
Pertama: Mimi Aisah Bt Manshor (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Jacqueen Dior Jitol (SM St Francis Xavier, Keningau)
..........................................

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman), 2013
Tarikh: 26 Februari 2013
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Daerah Keningau, Sabah

Peserta dan guru pengiring Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon Pedalaman, 2013

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)
Pertama: Nur Fadilah bte Sipain (SK Bariawa Ulu, Keningau)
Kedua: Nadia Azruin binti Yacob (SK Ladang Sapong, Tenom)
Ketiga: Aeron De Owen Masuning (SK Kitou, Tambunan)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
Pertama: Leo Alfredo Likon (SK Penagatan, Keningau)

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
Pertama: Siti Nazurah bt Moinin (SM St Francis Xavier, Keningau)
Kedua: Nur Syazani Syahmi (SMK Entabuan, Tenom)
Ketiga: Siti Norain binti Abd Raman (SMK Entabuan, Tenom)

Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)
Pertama: Yean Albert (SMKEntabuan, Tenom)
Kedua: Mimi Aisah Bt Manshor (SM St Francis Xavier, Keningau)
.............................................

Penyertaan Zon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah, 2013
Tarikh: 18 – 22 Mac 2013
Tempat: SMKA Mohamad Ali Ranau, Sabah

Cikgu Zali, Pn. Rosmina dan Pn. Teo bersama peserta mewakiliZon Pedalaman ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah di SMKA Mohamad Ali, Ranau, Sabah.

Guru Pengiring:
Pn. Rosminah Rantian (SM ST. Francis Xavier, Keningau)
Pn. Teo Chew Ling (SMK. Entabuan,Tenom)
En. Mohd. Zali Ayub (SK Penagatan, Keningau)

A)    Peserta Pemilihan Tokoh NILAM (Kategori Luar Bandar)
  • Kategori BM Sekolah Rendah - NurFadilah bte Sipain ( SK. Bariawa Ulu, Keningau )
  • Kategori BI Sekolah Rendah - Leo Alfredo Likon  ( SK. Penagatan, Keningau )
  • Kategori   BM  Sekolah Menengah - Siti Nazurah bt Moinin ( SM.St Francis Xavier, Keningau)
  • Kategori   BI  Sekolah Menengah - Yean Albert   (SMK Entabuan,Tenom)

B)    Peserta Khemah Membaca:
1.    Nadia Azruin bt Yakob     -  SK Ladang Sapong, Tenom
2.    Aeron De Owen Masuning -  SK Kitou, Tambunan
3.    Nur Syazani bt Syahmi      - SMK Entabuan,Tenom
 ................................................
Pencapaian Peserta Zon Pedalaman di Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah, 2013
Tokoh NILAM : Penyertaan bagi semua kategori.
Khemah Membaca:
Tempat Pertama (Johan) program Jejak Maklumat bagi kategori Sekolah Rendah.
Tempat Ketiga program Jejak Maklumat bagi kategori Sekolah Menengah.

Diucapkan penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada semua guru pengiring dan peserta.