Rabu, 23 Mei 2012

Pertandingan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2012

Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC) sekolah menengah dan rendah Daerah Keningau akan diadakan sempena  sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau pada tahun 2012.

Terdapat tiga (3) kategori pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Rendah (SKM)
2. Kategori Sekolah Rendah
3. Kategori Sekolah Menengah

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila muat turun di sini: PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG 2012

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke Pejabat PKG Daerah Keningau sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat, 8 Jun 2012 15 Jun 2012.

Ahad, 20 Mei 2012

Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2012

SK St. James, Keningau adalah wakil Daerah Keningau bagi Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, Peringkat Negeri Sabah, tahun 2012.

Maklumat lanjut, sila berkunjung ke SK. St. James, Keningau.

Selasa, 8 Mei 2012

BENGKEL PENINGKATAN PENARAFAN SSQS UNTUK PENTADBIR SEKOLAH

Satu bengkel yang dinamakan Bengkel Peningkatan Pencapaian SSQS akan berlangsung pada 14-16 Mei 2012, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, KPM) melibatkan seramai 161 orang pentadbir dari 161 buah sekolah di seluruh negeri Sabah.

Bagi Daerah Keningau, sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai bengkel selama tiga hari ini, iaitu:
  1. SMK Tulid, Keningau
  2. SK. Pekan Kaningau II, Keningau
  3. SK. Batu Lunguyan, Keningau.
Siri bengkel SSQS anjuran rangkaian BTP, BTPN, PTPB dan  PKG bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan sumber berasaskan ICT di dalam pengurusan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Isnin, 7 Mei 2012

Bengkel Penggunaan Sumber Pendidikan Berasaskan Web

Peserta bengkel
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaannya (ICT) serta literasi maklumat di sekolah. Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan ICT, usaha Pembestarian Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pelaksanaan program serta aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.

Justeru, GPB/GICT/GPM/GPSS  perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif serta peranan tersebut yang menjurus kepada pengurusan yang cemerlang bidang-bidang yang berkaitan langsung dengan mereka. Hal ini juga disebabkan merekalah satu-satunya agen perubahan ke arah pembudayaan penggunaan sumber pendidikan dan maklumat berasaskan teknologi ICT terkini di sekolah masing-masing.

Sehubungan itu, PKG Daerah Keningau telah mengambil daya usaha menganjurkan bengkel yang dinamakan Bengkel Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Berasaskan Web di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3-4 Mei 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 31 orang guru yang terdiri daripada GPB/GICT dan GPM/GPSS Daerah Keningau. Objektif dan tujuan bengkel ialah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang sumber pendidikan yang banyak dan pelbagai di ruang siber/internet.

Semasa berbengkel dalam kelompok kecil (2-3 orang), para peserta dikehendaki mengenalpasti laman-laman web  yang menyediakan sumber pendidikan (Teaching & Learning Resources) yang boleh membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta seterusnya menyediakan panduan berbentuk gambaran ringkas tentang laman web tersebut untuk memudahkan guru-guru mengakses bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pada akhir bengkel, para peserta telah membentangkan hasil bengkel masing-masing. Didapati bahawa ruang maya (siber) sememangnya banyak menyediakan bahan sumber pendidikan yang sangat menarik dan pelbagai untuk diterokai oleh para guru.

Kesemua hasil bengkel akan dimasukkan ke dalam blog Keningau-GroupBest sebagai panduan kepada warga guru, khususnya di Daerah Keningau.

Fasilitator bengkel adalah terdiri daripada En. Rafian Yahya (PKG Tenom) dan Encik Erwan Jail (PKG Keningau)

Isnin, 23 April 2012

Pengumpulan Maklumat Inisiatif ICT Sekolah

Kepada Guru Besar sekolah rendah Daerah Keningau seperti tersenarai di bawah:
1. SK Rancangan Biah
2. SK Kabatang Baru
3. SK Kampong Baru
4. SK Lanas
5. SK Senagang
6. SK Kebulu
7. SK Tulid
8. SK Sinulihan Baru
9. SK Simbuan Tulid
10. SK Rancangan Belia Tiulon
11. SK Bunang Sook
12. SK Lintuhun Baru
13. SK Pekan Keningau II

Dimaklumkan bahawa sekolah tuan/puan telah tersenarai dalam 'cadangan' Projek Pembekalan PC Baharu MBMMBI tahun 2012. Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mendownload 10. Borang Inisiatif ICT Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan mengghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393 sebelum atau pada  27 April 2012.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926.

Pengumpulan Maklumat Kerosakan Projektor LCD dan Switch Sekolah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Keningau.

Dimaklumkan bahawa BTP sedang mengumpul maklumat kerosakan Projektor LCD dan Switch di sekolah-sekolah bagi tujuan permohonan tahun 2012 melibatkan semua sekolah di Negeri Sabah.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mengisi borang maklumat kerosakan tersebut dan kembalikan sebelum atau pada 25 April 2012. Sila 'download' 11. Borang Maklumat LCD dan Switch Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan menghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393.

Maklumat sama, sila rujuk Portal BTPN Sabah.

Jika ada pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926. Terima kasih.

Khamis, 19 April 2012

Muat Turun Bahan - Pusat Sumber Sekolah

Tugas dan tanggungjawab seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Pusat Sumber (GPSS) rencam dan amat mencabar. Justeru, memerlukan sokongan dan dokongan yang kuat bukan sahaja dari pentadbir sekolah, malah seluruh komuniti sekolah juga harus memainkan peranan supaya PSS dapat berfungsi. Memang benar mengikut pekeliling dan garis panduan KPM, tugas-tugas mengajar GPM dihadkan sekurang-kurangnya 6 - 8 waktu seminggu. Hal ini pernah ditimbulkan, dipersoal dan dijadikan isu. Kononnya tugas GPM/GPSS bertambah mudah dengan jumlah peruntukan masa yang sedikit.

Hakikatnya, bahan yang digunakan oleh GPM/GPSS untuk mengurus dan mentadbir PSS  seperti tersenarai (di halaman Muat Turun) hanya sebahagian kecil dari tugas sebenar mereka.

Sila 'download' bahan PSS tersebut di halaman Muat Turun blog ini.

Khamis, 12 April 2012

Taklimat SSQS Bagi Sekolah Yang Mencapai 3 - 5 Bintang

Satu sesi taklimat berkenaan Smart School Qualification Standard (SSQS) telah berlangsung pada 9 April 2012, jam 2.30 hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Sekolah yang terlibat ialah sekolah-sekolah yang mencapai 3 hingga 5 bintang mengikut standard penarafan SSQS Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah, iaitu Pn Rebecca Junis dan En. Azhar Balon.

Bagi sekolah-sekolah yang mendapat 1 dan 2 bintang, mereka akan dipanggil dalam satu sesi taklimat yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sila 'download' bahan taklimat SSQS di halaman Muat Turun blog ini.

Rabu, 11 April 2012

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA "HARI ICT 2012"

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan satu program "HARI ICT 2012"  pada pertengahan Julai 2012 bertempat di universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak.

Sehubungan itu, pihak Universiti berbesar hati menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Sehubungan ini juga, pihak Universiti memohon pihak tuan untuk menghebahkan pertandingan tersebut kepada semua sekolah di negeri tuan.

Sumber: Laman Web JPN Sabah.
Nota: Sila 'download' borang di halaman Muat Turun blog ini.

Selasa, 10 April 2012

Taklimat Penyelenggaraan ICT Sekolah-Sekolah Zon Pedalaman 2012

Taklimat telah diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Taklimat telah dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar dan wakil, serta GPB/GICT setiap sekolah yang terlibat.

Sila 'download' bahan taklimat di halaman Muat Turun blog ini.