Rabu, 18 September 2013

Penarafan Sekolah Menggunakan SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013 - UPDATED

Dimaklumkan bahawa pengisian SSQS telah dilanjutkan sehingga 4 Oktober 2013 5 Oktober 2013.

Untuk makluman tuan/puan, penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan pada setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di dalam mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.

Punca kuasa: KP(BTP-PPSB)8817/3/4 Jld.2 (20), Tarikh: 31 Julai 2013. Klik DI SINI
Taklimat operasi pelaksanaan di peringkat Bahagian Keningau (Zon Pedalaman) telah dilaksanakan pada 06 September 2013. Klik di sini.

Penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2013 telah bermula dan akan berakhir pada 30 September 2013 5 Oktober 2013. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPB/GPICT sekolah-sekolah Daerah Keningau untuk mengisi serta melengkapkan borang yang boleh diakses melalui pautan di bawah;

a. Borang bagi Guru Perpustakaan & Media
b. Borang bagi Guru
c. Borang bagi Murid
d. Borang bagi Pentadbir

Panduan pengisian:
Bagi Sekolah Gred A & B
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
30 borang bagi Guru
30 borang bagi Murid

Bagi Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid)
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
6 borang bagi Guru
6 borang bagi Murid

Bengkel dan taklimat penarafan sekolah menggunakan SSQS akan dijalankan pada 24 September 2013 bertempat di PKG Keningau.

Pertanyaan:
Encik Mustafa Malisin: 012-8480296
Encik Erwan Jail: 016-8263905
Encik Ecthrisal Liberty: 012-8940708

2 ulasan:

  1. Asalam GPM SK. Penagatan sda lengkapkan ya...mohon murnikan kalau ada yang tak berapa tepat. Apapun NIlam kami ok masa ini..tq Bestari

    BalasPadam
  2. kawan2 GPM lain atau GPS komen lah saya kesejukan ni seorang ja drop komen ...)

    BalasPadam