Jumaat, 13 September 2013

Pemantauan Pengurusan PKG Daerah Keningau, Sabah

Pemantauan pengurusan dan pentadbiran PKG Daerah Keningau telah berlangsung pada 12 September 2013 (Khamis). Pemantauan dilakukan oleh pegawai pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah iaitu En. Romzi Ahmad (Penolong Pengarah, Unit PTPB/PKG), En. Azmy Hj Ahmad (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit UPIM) dan Puan Editha Ginibun (Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit PTPB/PKG).

Pemantauan terhadap pengurusan PKG adalah bertujuan memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran PKG dapat dijalankan teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pemantauan meliputi pengurusan sistem fail pejabat, pengurusan aset, pengurusan penyelenggaraan dan keselamatan bangunan, pengurusan pemantauan, pengurusan pelaksanaan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Pemantauan berbentuk bimbingan dan khidmat bantu tersebut telah berjaya dilaksanakan dan diharapkan dapat memberikan impak yang postif terhadap pengurusan organisasi yang lebih baik dan berkesan.

Disebabkan masalah elektrik pada sesi pagi, pemantauan telah berlarutan sehingga ke malam dan hanya selesai pada pukul 12.00 tengah malam.
Pn Editha, En. Azmy Hj Ahmad (Tengah) dan En. Romzi Ahmad.
Sesi pemantauan pada waktu malam.

1 ulasan: