Jumaat, 21 September 2012

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2012 dan READ 2012 Bersama Scholastic Malaysia - UPDATED

Dimaklumkan bahawa Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2012 akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara. Di peringkat kebangsaan, pelancaran akan berlangsung di SMK Seksyen 9, Jln Tengku Ampuan Rahimah 9/20, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 24 Oktober 2012.
Perasmian program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 bagi Negeri Sabah akan disempurnakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2012M/8 Zulhijjah 1433H (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Datuk Sri Panglima Lee Tsen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, Program KM1M 2012 hendaklah dilaksanakan di semua PPD (peringkat Daerah) dan sekolah (peringkat sekolah) di seluruh Negeri Sabah. Sila muat turun surat rujukan serta panduan pelaksanaan program tersebut di laman muat turun blog ini.


Disamping KM1M, program READ 2012 yang dikelolakan oleh SCHOLASTIC Malaysia juga akan berlangsung serentak. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program READ 2012, perlulah mendaftar melalui www.readtogether.com.my selewat-lewatnya 30 September 2012. Bagi program READ 2012, sebanyak 50 buah buku akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Di bawah ini ialah senarai 8 buah sekolah (Daerah Keningau sahaja) yang telah tersenarai dalam program READ 2012:
1. SJKC  Cheng Ming
2. SJKC Yuk Kong
3. SMK Bingkor
4. SMKGunsanad 2
5. SK Penagatan
6. SK St James
7. SK Binaong
8. SMK Keningau

Nota: Terdapat perubahan senarai sekolah di atas sebelum ini. Senarai di atas telahpun dihantar lebih awal kepada urusetia di peringkat negeri.

Updated:
1. Sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 bintang di dalam pengisian aplikasi iQPSS akan diberikan anugerah semasa pelancaran program KM1M.
2. Ucapan pelancaran KM1M oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah akan disiarkan secara langsung melalui Video Streaming.


Jumaat, 7 September 2012

Keningau Tuan Rumah Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012

Daerah Keningau akan menjadi hos bagi Pelancaram Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat Negeri Sabah. Pelancaran Program KM1M tersebut akan berlangsung pada 24 Oktober 2012/8 Zulhijjah 1433H (Rabu), serentak di seluruh negara.

Pelancaran dijangka akan disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yussin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Program tersebut juga dijangka akan disiarkan secara langsung melalui siaran Video Streaming yang akan ditonton secara langsung oleh semua pusat pelancaran KM1M di seluruh Negeri Sabah. Siaran langsung tersebut boleh diakses melalui talian sesawang yang akan diberitahu kelak.

Sementara itu, mesyuarat pertama AJK Program Pelancaran KM1M peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 6 September 2012, bertempat di bilik Pegalan, PKG Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Masly Wahip, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Turut hadir dan menyampaikan taklimat perlaksanaan program KM1M Peringkat Negeri Sabah 2012 ialah En Shamiun Salleh, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Selasa, 4 September 2012

Pertandingan Project Based Learning 2012

Pertandingan Project Based Learning secara Presentation Of Learning (POL) akan diadakan pada 20 September 2012 di BTPN Sabah Penampang. Pertandingan ini antara lain adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan teknik PDP ini di sekolah-sekolah. Selain daripada itu, pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning) di sekolah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 September 2012. Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Sabah di talian 088-710934 atau melalui emel: la_btpnsab@moe.edu.my.

Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Kali Ke-4 2012

SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4, 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kategori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kategori Terbuka Kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festivel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI.

Selasa, 12 Jun 2012

Smart School Qualification Standard (SSQS)

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sabah pada 1 Julai - 31 Julai 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 1 Julai 2012. Harap Maklum.

Laporan Data Status Pelaksanaan Program NILAM Daerah Keningau sehingga 29 Mei 2012

Dimaklumkan bahawa PKG Daerah Keningau selaku urusetia Program NILAM Peringkat Daerah Keningau sedang mengumpul data status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah Daerah Keningau. Data yang diperlukan ialah sehingga pada 29 Mei 2012.

Sehubungan itu, mohon kerjasama GPM, GPSS atau Guru Penyelaras Program NILAM setiap sekolah Daerah Keningau agar dapat menghantar data tersebut mengikut format yang telah ditetapkan. Data hendaklah dihantar sebelum atau pada 20 Jun 2012 (Rabu) melalui cara-cara berikut:

  1. Menghantar terus ke pejabat PKG Daerah Keningau
  2. Menghantar melalui email: pkgkeningau@gmail.com
  3. Menghantar melalui fax: 087-333393
Sila muat turun format laporan (Excel) di halaman muat turun blog ini. P/S: Dokumen muat turun turut disertakan surat daripada Pengarah JPN dan PPD Daerah Keningau.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai PKG di talian 087-335926 atau 013-8729110.

Rabu, 23 Mei 2012

Pertandingan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2012

Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC) sekolah menengah dan rendah Daerah Keningau akan diadakan sempena  sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau pada tahun 2012.

Terdapat tiga (3) kategori pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Rendah (SKM)
2. Kategori Sekolah Rendah
3. Kategori Sekolah Menengah

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila muat turun di sini: PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG 2012

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke Pejabat PKG Daerah Keningau sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat, 8 Jun 2012 15 Jun 2012.

Ahad, 20 Mei 2012

Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2012

SK St. James, Keningau adalah wakil Daerah Keningau bagi Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, Peringkat Negeri Sabah, tahun 2012.

Maklumat lanjut, sila berkunjung ke SK. St. James, Keningau.

Selasa, 8 Mei 2012

BENGKEL PENINGKATAN PENARAFAN SSQS UNTUK PENTADBIR SEKOLAH

Satu bengkel yang dinamakan Bengkel Peningkatan Pencapaian SSQS akan berlangsung pada 14-16 Mei 2012, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, KPM) melibatkan seramai 161 orang pentadbir dari 161 buah sekolah di seluruh negeri Sabah.

Bagi Daerah Keningau, sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai bengkel selama tiga hari ini, iaitu:
  1. SMK Tulid, Keningau
  2. SK. Pekan Kaningau II, Keningau
  3. SK. Batu Lunguyan, Keningau.
Siri bengkel SSQS anjuran rangkaian BTP, BTPN, PTPB dan  PKG bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan sumber berasaskan ICT di dalam pengurusan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Isnin, 7 Mei 2012

Bengkel Penggunaan Sumber Pendidikan Berasaskan Web

Peserta bengkel
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaannya (ICT) serta literasi maklumat di sekolah. Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan ICT, usaha Pembestarian Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pelaksanaan program serta aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.

Justeru, GPB/GICT/GPM/GPSS  perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif serta peranan tersebut yang menjurus kepada pengurusan yang cemerlang bidang-bidang yang berkaitan langsung dengan mereka. Hal ini juga disebabkan merekalah satu-satunya agen perubahan ke arah pembudayaan penggunaan sumber pendidikan dan maklumat berasaskan teknologi ICT terkini di sekolah masing-masing.

Sehubungan itu, PKG Daerah Keningau telah mengambil daya usaha menganjurkan bengkel yang dinamakan Bengkel Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Berasaskan Web di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3-4 Mei 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 31 orang guru yang terdiri daripada GPB/GICT dan GPM/GPSS Daerah Keningau. Objektif dan tujuan bengkel ialah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang sumber pendidikan yang banyak dan pelbagai di ruang siber/internet.

Semasa berbengkel dalam kelompok kecil (2-3 orang), para peserta dikehendaki mengenalpasti laman-laman web  yang menyediakan sumber pendidikan (Teaching & Learning Resources) yang boleh membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta seterusnya menyediakan panduan berbentuk gambaran ringkas tentang laman web tersebut untuk memudahkan guru-guru mengakses bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pada akhir bengkel, para peserta telah membentangkan hasil bengkel masing-masing. Didapati bahawa ruang maya (siber) sememangnya banyak menyediakan bahan sumber pendidikan yang sangat menarik dan pelbagai untuk diterokai oleh para guru.

Kesemua hasil bengkel akan dimasukkan ke dalam blog Keningau-GroupBest sebagai panduan kepada warga guru, khususnya di Daerah Keningau.

Fasilitator bengkel adalah terdiri daripada En. Rafian Yahya (PKG Tenom) dan Encik Erwan Jail (PKG Keningau)