Selasa, 12 Jun 2012
Smart School Qualification Standard (SSQS)
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sabah pada 1 Julai - 31 Julai 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 1 Julai 2012. Harap Maklum.
Laporan Data Status Pelaksanaan Program NILAM Daerah Keningau sehingga 29 Mei 2012
Dimaklumkan bahawa PKG Daerah Keningau selaku urusetia Program NILAM Peringkat Daerah Keningau sedang mengumpul data status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah Daerah Keningau. Data yang diperlukan ialah sehingga pada 29 Mei 2012.
Sehubungan itu, mohon kerjasama GPM, GPSS atau Guru Penyelaras Program NILAM setiap sekolah Daerah Keningau agar dapat menghantar data tersebut mengikut format yang telah ditetapkan. Data hendaklah dihantar sebelum atau pada 20 Jun 2012 (Rabu) melalui cara-cara berikut:
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai PKG di talian 087-335926 atau 013-8729110.

- Menghantar terus ke pejabat PKG Daerah Keningau
- Menghantar melalui email: pkgkeningau@gmail.com
- Menghantar melalui fax: 087-333393
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai PKG di talian 087-335926 atau 013-8729110.
Rabu, 23 Mei 2012
Pertandingan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2012
Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC) sekolah menengah dan rendah Daerah Keningau akan diadakan sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau pada tahun 2012.
Terdapat tiga (3) kategori pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Rendah (SKM)
2. Kategori Sekolah Rendah
3. Kategori Sekolah Menengah
Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila muat turun di sini: PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG 2012
Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke Pejabat PKG Daerah Keningau sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat,8 Jun 2012 15 Jun 2012.
Terdapat tiga (3) kategori pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Rendah (SKM)
2. Kategori Sekolah Rendah
3. Kategori Sekolah Menengah
Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila muat turun di sini: PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG 2012
Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke Pejabat PKG Daerah Keningau sebelum atau pada jam 5.00 petang, Jumaat,
Ahad, 20 Mei 2012
Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2012
SK St. James, Keningau adalah wakil Daerah Keningau bagi Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, Peringkat Negeri Sabah, tahun 2012.
Maklumat lanjut, sila berkunjung ke SK. St. James, Keningau.
Maklumat lanjut, sila berkunjung ke SK. St. James, Keningau.
Selasa, 8 Mei 2012
BENGKEL PENINGKATAN PENARAFAN SSQS UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
Satu bengkel yang dinamakan Bengkel Peningkatan Pencapaian SSQS akan berlangsung pada 14-16 Mei 2012, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, KPM) melibatkan seramai 161 orang pentadbir dari 161 buah sekolah di seluruh negeri Sabah.
Bagi Daerah Keningau, sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai bengkel selama tiga hari ini, iaitu:
Bagi Daerah Keningau, sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai bengkel selama tiga hari ini, iaitu:
- SMK Tulid, Keningau
- SK. Pekan Kaningau II, Keningau
- SK. Batu Lunguyan, Keningau.
Isnin, 7 Mei 2012
Bengkel Penggunaan Sumber Pendidikan Berasaskan Web
![]() |
| Peserta bengkel |
Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam
pelaksanaan pembudayaannya (ICT) serta literasi maklumat di sekolah.
Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan ICT, usaha Pembestarian
Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pelaksanaan program serta aktiviti
galakan membaca dan kemahiran maklumat.
Justeru, GPB/GICT/GPM/GPSS perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif serta peranan tersebut yang menjurus kepada pengurusan yang cemerlang bidang-bidang yang berkaitan langsung dengan mereka. Hal ini juga disebabkan merekalah satu-satunya agen perubahan ke arah pembudayaan penggunaan sumber pendidikan dan maklumat berasaskan teknologi ICT terkini di sekolah masing-masing.

Sehubungan itu, PKG Daerah Keningau telah mengambil daya usaha menganjurkan bengkel yang dinamakan Bengkel Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Berasaskan Web di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3-4 Mei 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 31 orang guru yang terdiri daripada GPB/GICT dan GPM/GPSS Daerah Keningau. Objektif dan tujuan bengkel ialah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang sumber pendidikan yang banyak dan pelbagai di ruang siber/internet.
Semasa berbengkel dalam kelompok kecil (2-3 orang), para peserta dikehendaki mengenalpasti laman-laman web yang menyediakan sumber pendidikan (Teaching & Learning Resources) yang boleh membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta seterusnya menyediakan panduan berbentuk gambaran ringkas tentang laman web tersebut untuk memudahkan guru-guru mengakses bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pada akhir bengkel, para peserta telah membentangkan hasil bengkel masing-masing. Didapati bahawa ruang maya (siber) sememangnya banyak menyediakan bahan sumber pendidikan yang sangat menarik dan pelbagai untuk diterokai oleh para guru.
Kesemua hasil bengkel akan dimasukkan ke dalam blog Keningau-GroupBest sebagai panduan kepada warga guru, khususnya di Daerah Keningau.
Fasilitator bengkel adalah terdiri daripada En. Rafian Yahya (PKG Tenom) dan Encik Erwan Jail (PKG Keningau)
Isnin, 23 April 2012
Pengumpulan Maklumat Inisiatif ICT Sekolah
Kepada Guru Besar sekolah rendah Daerah Keningau seperti tersenarai di bawah:
1. SK Rancangan Biah
2. SK Kabatang Baru
3. SK Kampong Baru
4. SK Lanas
5. SK Senagang
6. SK Kebulu
7. SK Tulid
8. SK Sinulihan Baru
9. SK Simbuan Tulid
10. SK Rancangan Belia Tiulon
11. SK Bunang Sook
12. SK Lintuhun Baru
13. SK Pekan Keningau II
Dimaklumkan bahawa sekolah tuan/puan telah tersenarai dalam 'cadangan' Projek Pembekalan PC Baharu MBMMBI tahun 2012. Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mendownload 10. Borang Inisiatif ICT Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan mengghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393 sebelum atau pada 27 April 2012.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926.

Pengumpulan Maklumat Kerosakan Projektor LCD dan Switch Sekolah
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Keningau.
Dimaklumkan bahawa BTP sedang mengumpul maklumat kerosakan Projektor LCD dan Switch di sekolah-sekolah bagi tujuan permohonan tahun 2012 melibatkan semua sekolah di Negeri Sabah.
Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT sekolah tuan/puan untuk mengisi borang maklumat kerosakan tersebut dan kembalikan sebelum atau pada 25 April 2012. Sila 'download' 11. Borang Maklumat LCD dan Switch Negeri Sabah 2012 di halaman Muat Turun blog ini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan dengan menghantar terus ke PKG Keningau atau emel pkgkeningau@gmail.com atau fax 087-333393.
Maklumat sama, sila rujuk Portal BTPN Sabah.
Jika ada pertanyaan, sila hubungi kami di talian 087-335926. Terima kasih.

Khamis, 19 April 2012
Muat Turun Bahan - Pusat Sumber Sekolah
Tugas dan tanggungjawab seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Pusat Sumber (GPSS) rencam dan amat mencabar. Justeru, memerlukan sokongan dan dokongan yang kuat bukan sahaja dari pentadbir sekolah, malah seluruh komuniti sekolah juga harus memainkan peranan supaya PSS dapat berfungsi. Memang benar mengikut pekeliling dan garis panduan KPM, tugas-tugas mengajar GPM dihadkan sekurang-kurangnya 6 - 8 waktu seminggu. Hal ini pernah ditimbulkan, dipersoal dan dijadikan isu. Kononnya tugas GPM/GPSS bertambah mudah dengan jumlah peruntukan masa yang sedikit.
Hakikatnya, bahan yang digunakan oleh GPM/GPSS untuk mengurus dan mentadbir PSS seperti tersenarai (di halaman Muat Turun) hanya sebahagian kecil dari tugas sebenar mereka.
Sila 'download' bahan PSS tersebut di halaman Muat Turun blog ini.

Khamis, 12 April 2012
Taklimat SSQS Bagi Sekolah Yang Mencapai 3 - 5 Bintang
Satu sesi taklimat berkenaan Smart School Qualification Standard
(SSQS) telah berlangsung pada 9 April 2012, jam 2.30 hingga 5.00 petang
bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Sekolah yang terlibat ialah
sekolah-sekolah yang mencapai 3 hingga 5 bintang mengikut standard
penarafan SSQS Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.
Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah, iaitu Pn Rebecca Junis dan En. Azhar Balon.
Bagi sekolah-sekolah yang mendapat 1 dan 2 bintang, mereka akan dipanggil dalam satu sesi taklimat yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila 'download' bahan taklimat SSQS di halaman Muat Turun blog ini.

Langgan:
Catatan (Atom)